Thursday, February 10, 2011

Tinta hati....kembara mencari cahaya: di sebalik pembohonganmu ibu......( 3 )

Tinta hati....kembara mencari cahaya: di sebalik pembohonganmu ibu......( 3 )

di sebalik pembohonganmu ibu......( 3 )

      Beberapa tahun berlalu.ibu semakin tua.suatu malam,saya menerima berita ibu diserang penyakit kanser.ibu mesti di bedah secepat mungkin.saya menjenguk ibunda tercinta.saya melihat ibu terbaring lemah di katil hospital setelah menjalani pembedahan.ibu yang kelihatan sangat tua menatap wajah saya penuh kerinduan.ibu menghadiahkan saya sebuah senyuman biarpun agak kaku kerana terpaksa menahan sakit yang menjalari setiap inci tubuhnya.saya dapat melihat dengan jelas betapa penyakit itutelah memamah tubuh ibu sehingga ibu menjadi terlalu lemah dan kurus saya menatap wajah ibu sambil berlinangan air mata.saya cium tangan ibu,kemudian saya kucup pula pipi dan dahinya.disaat itu hati saya terlalu pedih,sakit sekali melihat ibu dalam keadaan seperti ini.tetapi ibu tetap tersenyum dan berkata,”jangan menangis nak,mak tak sakit”itu adalah pembohongan ibu yang kelapan.


Setelah mengucapkan pembohongan yang kelapan itu ibunda tercinta menutup matanya untuk kali terakhir.

Dalam 3 entry di sebalik pembohonganmu ibu,ingin ku nyatakan betapa besarnnya pengorbananmu ummi dan abah buat diriku dan adik2,bersabarlah ummi dan abah menanti  kepulanganku dari arena perjuangan ilmu.kerna  aku ingin sekali membalas pengorbananmu ,walau ku tahu ku  tidak akan  mampu membalas walau nilai setitik susumu dan setitik keringat yang kau curahkan.

Aku ingin mendoakannya….  
  
 Ya allah,rendahkanllah suaraku bagi mereka,
Perindahlah ucapanku di depan mereka,
lunakkanlah watakku terhadap mereka
dan lembutkanlah hatiku untuk mereka.

Ya allah,apa sahaja gangguan yang telah mereka rasakan,
atau kesusahan yang mereka derita kerana aku,
atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku,
jadikanlah itu semua penyebab gugurnya dosa mereka,
meningginya kedudukan mereka
dan bertambahnya pahala kebaikan mereka dengan perkenan-mu  ya allah

ya allah,
bila maghfirah-mu telah mencapai mereka sebelumku,
izinkanlah mereka member syafa’at untukku,
tetapi jika maghfirah-mu lebih dahulu mencapai diriku,
maka izinkanlah aku member syafa’at untuk mereka,
sehingga kami semua berkumpul bersama dengan santunanmu,
di tempat kediaman yang di naungi kemuliaan-mu,
ampunan serta rahmat-mu


di sebalik pembohonganmu ibu......( 2 )

sambungan dari entry sebelumnnya.....

   pada usia awal remaja,saya masuk ke sekolah menengah.ibu pergi ke kedai dengan membawa sejumlah penyapu lidi dan kuih-muih untuk menyara persekolahan saya,abang dan kakak.suatu hari,lebih kurang jam 1.30 pagi,saya terjaga daripada tidur.saya melihat ibu sedang membuat kuih bertemankan pelita dihadannya.beberapa kali saya melihat ibu terangguk-angguk mungkin kerana terlalu mengantuk.saya berkata"mak tidurlah,esok pagi mak kena pergi kebun pula."ibu tersenyum dan berkata,"cepatlah tidur nak,mak belum mengantuk lagi."itulah pembohongan ibu yang ketiga


pada hujung musim persekolahan,ibu meminta cuti kerja supaya dapat menemani saya pergi ke sekolah bagi menduduki peperiksaan penting.dari awal pagi,hingga matahari terik memancar,ibu terus sabar menunggu saya di luar dewan.sambil menunggu ibu tersenyum sendirian dengan mulutnya terkumat-kamit berdoa kepada ilahi agar saya lulus peperiksaan ini dengan cemerlang.ketiak loceng berbunyi menandakan ujian sudah selesai,ibu dengan segera menyambut saya dan menuangkan kopi yang sudah di siapkan dalam botol yang dibawannya.kopi yang pekat itu tidak dapat dibandingkan dengan kasih sayang ibu yang jauh lebih hebat.melihat tubuh ibu yang dibasahi peluh,saya segera memberiakn cawan saya untuk ibu dan menyuruhnnya minum.tetapi ibu cepat2 menolaknya dan berkata,"minumlah nak,mak tak haus".                   itu pembohongan ibu yang keempat.


    setelah pemergian ayah kerana sakit iaitu selepas adik saya baru beberapa bulan dilahirkan,ibulah yang mengambil tugas sebagai ayah kepada kami sekeluarga.ibu bekerja mengambil upah dikebun,membuat penyapu lidi dan menjual kuih-muih agar kami tidak kelaparan.tetapi apalah sangat kudrat seorang ibu.kehidupan keluarga kami makin susah dan susah.melihat keadaan keluarga yang semakin parah,seorang pakcik yang baik hati dan tinggal berjiran dengan kami datang membantu ibu.anehnya ibu menolak bantuan itu.jiran2 sering menasihati ibu supaya menikah lagi  agar ada seorang lelaki yang akan menjaga ibu dan mencarikan wang untuk kami sekeluarga.tetapi ibu yang memang keras hatinya tidak mengendahkan nasihat mereka.ibu berkata"saya tidak mperlukan cinta,saya tidak perlukan lelaki"itu adalah pembohongan ibu yang kelima


    setelah kakak dan abang habis belajar dan mula bekerja,ibu sudah pun tua.kakak dan abang menyuruh ibu supaya berehat sahaja di rumah.tidak perlu lagi bersusah payah dan bersengkang mata untuk mencari duit,tetapi ibu tidak mahu.ibu rela pergi kepasar setiap pagi menjual sedikit sayuruntuk memenuhi keperluan hidupnnya.kakak dan abang yang bekerja jauh di kota besar sering mengirimkan wang untuk membantu memenuhi keperluan ibu,pun begitu ibu berkeras tidak mahu menerima wang tersebut.malah ibu mengirim balik wang itu dan ibu berkata."jangan susah-susah,ibu ada duit"itu adalah pembohongan ibu yang keenam


  setelah tamat pengajian di universiti,saya melanjutkan pelajaran keperingkat ijazah sarjana muda di luar negara.pengajian saya di sana dibiayai sepenuhnya oleh sebuah syarikat besar.selepas saya berjaya menamatkan pengajian dengan cemerlang,saya mendapat tawaran bekerja dengan syarikat yang membiayai pengajian saya di luar negara.dengan gaji yang agak lumayan,saya berhajat membaw aibu  menikmati penghujung hidupnya di luar negara.pada pandangan saya,ibu sudah puas bersusah payah untuk kami.hampir seluruh hidupnnya habis dengan penderitaan,eloklah hari2 tuanya dihabiskan dengan keceriaan dan keindahan pula.tetapi ibu yang baik hati,menolak ajakan saya.ibu tidak mahumenyusahkan anaknya ini dengan berkata"tak payahlah ,mak tak biasa tinggal di negara orang" itu adalh pembohongan ibu yang ketujuh


sambungan di entry di sebalik pembohonganmu ibu......(3)

Di sebalik pembohonganmu ibu......( 1 )

assalamualaikum......dah lama diri ini tidak menghadirkan diri di ruangan blog ini,alhamdulillah walau selalu kesuntukkan masa tapi diriku masih diberi kesempatan masa untuk meneruskan minat membacaku dan berkongsi apa yang dirasakan oleh diri ini.entry kali ini berkisarkan sebuah buku oleh burhan sodiq, sejuta cinta untuk bonda......,diri ini merasa tertarik dengan sebuah cerita di akhir buku ini yang bersumberkan blog
  I LUV ISLAM,yang mana kisahnnya hampir sama dengan rentetan hidup ini bezannya saya lebih bertuah,


bagi setiap mereka yang bergelar anak ayuh kita ikuti dan hayatinya.....


      cerita ini bermula ketika saya masih kecil.saya lahit sebagai anak lelaki dalam sebuah keluarga yang miskin.makan minum serba kekurangan.kami sering kelaparan.ada kalannya selama beberapa hari kami terpaksa makan berlaukkan seekor ikan masin dikongsi 1 keluarga.sebagai anak yang masih kecil,saya sering sahaja merungut.saya menangis mahukan nasi dan lauk yang banyak.tetapi ibu cepat memujuk.ketika makan,ibu sering memberikan bahagian nasinnya untuk saya.sambil memindahkan nasi ke mangkuk saya,ibu berkata,"makanlah nak,mak tak lapar.itu adalah pembohongan ibu yang pertama


      ketika saya meningkat remaja,ibu yang gigih sering meluangkan waktu senggangnya untuk pergi memancing di tali air berhampiran rumah.ibu berharap ikan hasil pancingan itu dapat dijadikan sedikit makanan untuk membesarkan kami adik beradik.pulang dari memancing,ibu memasak gulai ikan yang segar dan membuka selera.sewaktu saya memakan gulai ikan itu,ibu duduk di samping kami dan memakan sisa daging ikan yang menempel di tulang daripada bekas sisa ikan yang saya makan tadi.saya sedih melihat ibu seperti itu,hati saya tersentuh lalu dengan menggunakan sudu,saya memberikan ikan itu kepada ibu.tetapi ibu dengan cepat menolaknya.ibu berkata"makanlah nak,mak tak suka makan ikan".itu adalah pembohongan ibu yang kedua


                                                              di sambung pada entry berikutnnya........











Thursday, January 20, 2011

TAFAKUR SEKETIKA

Tuhan,
sulitnya mengapai cintaMu
telah aku cuba dan terus mencuba
seringkali juga kecundang hampa
tetapi aku tak pernah putus asa
walau bertatih atau merangkak
kuteruskan jua perjalanan ini

Tuhan,
telah kugadaikan hatiku untukMu
hingga aku tidak mampu lagi 
berpaling kepada kenangan itu
sedang Kau tahu
betapa jerihpayahnya aku 
menepis segala perasaan itu

Tuhan,
bukan aku mengungkit
aku cuma merayu
agar Kau kasihani aku ini
yang sangat-sangat mendambakanMu

Tuhan
Lihatlah aku ini
kering layu aku di sini
dalam dosa yang tidak pernah surut
dalam taubat yang menyusul tiap mujahadahku
dalam tangisan yang tidak pernah padam
agar kau berpaling padaku ini
sudi menerima aku kembali
menjadi hambaMu yang kau redhai

Sunday, January 16, 2011

sebuah pengorbanan......

assalamualaikum.....

     sekadar berkongsi suara hati.......

         entah mengapa dalam meniti perjalanan hidup minggu ini,hatiku di gamit perasaan rindu.......tapi ingin diri ini ingatkan agar jangan salah faham yer,bukan rindu kat tut....., tapi hati ini rindu  pada mereka yang amat berjasa pada diri ini dalam menempuh kehidupan dan mencorakkan peribadi diri. 

  diri ini pernah di tanya semasa menyertai sebuah program siapakah yang paling kamu sayangi(selepas allah dan rasul..... tambahan sket takut ada salah faham)dan jawapan ku adalah ibu dan nenek.tapi diri ini di perlukan untuk membuat 1 pilihan di antara ke-2nya, kerna ummi ku cintai  kerna kasih sayangnya dan nenek ku cintai kerna pengorbanannya,dan itulah jawapanku kepada fasilitator yang bertanya walau didesak hanya itu jawapan yang kuperdengarkan.

  tidak lupa juga kepada insan-insan yang hadir di sisi dikala diri ini lemah,yang selama ini menunjang diri agar terus mampu berdiri.terima kasih dan sejuta rindu jua buat kalian,terutamanya makcik dan pakcik yang berkorban material dan memberi semangat dalam usahaku menimba ilmu dari mula hingga mampu ku jejakkan kaki di menara gading.

diri ini tidak mampu mengungkapkan betapa kasihnya diriku pada kalian.hanya puisi ini mampu ku ukirkan untuk mereka yang ku sanjungi.
    


Betapa manisnya sebuah pengorbanan
yang menjadikan aku lebih memahami
makna gelak tangis yang mengisi ruang bacaku
mengusik dalam kesibukan mengulangkaji
di celah rujukan dan nyanyian cengkerik malam



Betapa indahnya sebuah pengorbanan
yang mencipta rimbunan mesra
di ruang dan luang telaah
menjadi tiang seri yang gagah
di kala jiwaku lelah
menjadi sutera halus
menyapu air mata kecewa

maka menjadikan aku lebih tabah
dan siaga
mengatur tapak dan jejak
demi satu perjuangan
menuju kemuncak gading
 berkubah cita



Thursday, January 6, 2011

mencari diri

Hari demi hari,
Langkah di susun di sisi
Dengan harapan dapat di isi,
Tapi dengan apa perlu dipenuhi 
adakah dengan hasrat al-hawa yang tiada mati
Atau dengan panduan wahyu-nya agar diri diredhai

Wahai diri yang selalu sepi,
kerna tiada usaha mahu mengisi,
bukalah kelopak mata dari nyenyak mimpi
basuhlah hati dengan tangisan di pipi
yang mengalir sebab terasa jauhnya diri
bukan kerana impian dunia yang hilang sebentar tadi

wahai pemilik mulut ini,
yang sering mengatakan perkara yang jarang dilakukan diri
menegur mereka seolah diri bersih suci
tetapi hakikat diri sendiri tiada mahu peduli
persoalkanlah diri dan hati
mampukah diri bertawajjuh dalam makhamah ilahi
atas kesalahan tiada buat atas teguran tadi
dalam tindak tanduk sehari-hari

muhasabahlah diri sendiri wahai diri
yang akan menutup mata sebentar lagi
dan tiada bangkit untuk kesekalian kali