CAHAYAKU YANG SETIA.. Perumpamaan iman dalam hati ibarat tanaman, cahaya iman di hati siramannya adalah ilmu ALLAH.. Setiap kali ilmu bertambah, maka hati pun akan bertambah subur dan hidup dengan cahaya ma'rifatullah, disusuli dengan cahaya-cahaya amal.. Moga CAHAYA IMAN dan CAHAYA ISLAM kan terus setia bersamaku.. Menjadi cahayaku yang setia.. Ditemani cahaya ketenangan dan cahaya kebahagiaan.. Hingga akhir hayatku..
Friday, December 28, 2012
seseorang.....
Seorang yang tersenyum riang dihadapanmu,
ketahuilah dia sering menyapu air matanya,
tatkala dia bersendirian.
Seorang yang sentiasa menyuntik kata semangat dan perangsang buatmu,
ketahuilah tatkala itu dia sedang menyulam hatinya yang retak seribu.
Seorang yang sentiasa kelihatan kuat dihadapanmu,
ketahuilah dialah yang sentiasa mengadu lemah kepada penciptanya.
Seorang yang ketawanya menceriakan harimu,
ketahuilah tatkala itu dia sedang membalut luka didadanya.
Dia sentiasa mencuba untuk bangkit,
cuba untuk kuat,
cuba untuk kembali,
cuba untuk kembali,
cuba untuk tabah,
dan yang pasti dia cuba utk gembira dan bahagia seperti insan lain..♥
Sunday, November 18, 2012
puisi rindu buatmu.....kekasih allah.
assalamualaikum....
salam kasih buatmu teman bakal penghuni jannah.....insyaallah.moga kita sentiasa dalam naungan redhanya.....
Ketika tersingkap hijab Sirah,
Sayu terasa mencengkam kalbu,
Betapa ku rindu perjuangan Rasulullah,
Membawaku kembali kepada Dirimu.
Ketika diri berselawat di atas sejadah,
Aku tersungkur di Mihrab rindu,
Puisi terindah ku ukir buatmu Rasulullah,
Semoga di akhirat kitakan bersatu.
“Sesungguhnya
telah datang kepadamu seorang rasul dari kaummu sendiri,berat terasa olehnya
penderitaanmu,ia sangat menginginkan (keimanan dan keselamatan) bagimu, ia amat
belas kasih dan penyayang terhadap orang-orang yang beriman.”
—Q.S. At-Taubah: 128
Suram cahaya menemani dakwah,
Pada Allah kau tunduk mengharap,
Demi kalimah "la ilaha illah",
Kau segarkan semula akidah di Tanah Arab.
Segar dakwahmu hingga ke abad ini,
Subur mekar dalam dakapan Ilahi,
Tersemat perjuanganmu dalam jiwa yang merindui,
Moga terus tertegak Islam di muka bumi.
Siapa makhluk yang paling mulia di sisi Allah?
“Mereka akan lahir jauh setelah wafatku…
Mereka begitu mencintai Allah…
Mereka tak pernah memandangku, melihat wajahku, mereka hidup tidak dekat denganku seperti sahabat-sahabatku…
tetapi mereka begitu rindu kepadaku…
Dan aku pun rindu kepada mereka…
Mereka yang mulia itu…
Merekalah umatku.”
Rasulullah SAW.
Diri
terkadang rasa lemah dan letih
dengan urusan dunia yang tak sudah-sudah
mengeluh merungut itulah ragam manusia
tatkala diri mengimbau kembali perjuangan Baginda
terasa diri begitu hina.
Seharusnya tidak patut ada rasasebegitu
kerna bukankah ini tanggungjawab aku,kita?
Menggunakan Ijazah untuk menyampaikan Risalah Allah dan Rasululnya
Ya Allah
Menangis mengenangkan diri yang begitu lemah,
Berdoa supaya Allah permudahkan segala urusan dan diberi kekuatan
untukmenghadapi segala ujian dan rintangan.
"Perjuangan itu ibarat ranjau bertatah duri-duri yang mencengkam leluhur daging.ditarik ia Sakit,ditolak jadi bernanah.Tapi bagi seorang pejuang di JalanNya,Kesakitan itu ibarat tiupan lembut angin dari jannah dan tegukan air ,penyejuk tekak di padang pasir.Dalam perit dan pedih,tersingkap kekuatan dan rahmat kasih sayang ILLAHI.
Selamat Berjuang!"
dengan urusan dunia yang tak sudah-sudah
mengeluh merungut itulah ragam manusia
tatkala diri mengimbau kembali perjuangan Baginda
terasa diri begitu hina.
Seharusnya tidak patut ada rasasebegitu
kerna bukankah ini tanggungjawab aku,kita?
Menggunakan Ijazah untuk menyampaikan Risalah Allah dan Rasululnya
Ya Allah
Menangis mengenangkan diri yang begitu lemah,
Berdoa supaya Allah permudahkan segala urusan dan diberi kekuatan
untukmenghadapi segala ujian dan rintangan.
"Perjuangan itu ibarat ranjau bertatah duri-duri yang mencengkam leluhur daging.ditarik ia Sakit,ditolak jadi bernanah.Tapi bagi seorang pejuang di JalanNya,Kesakitan itu ibarat tiupan lembut angin dari jannah dan tegukan air ,penyejuk tekak di padang pasir.Dalam perit dan pedih,tersingkap kekuatan dan rahmat kasih sayang ILLAHI.
Selamat Berjuang!"
PS:akhlakku tidak sehebat tinta yang tercoret...tapi moga tintaku mampu menjadi penolongku di hari
kelak.
Thursday, November 1, 2012
BINGKISAN RINDU DARI HATI UNTUK HATI..
BINGKISAN RINDU DARI HATI UNTUK HATI..
Kau pernah merasa gembira dalam paluan gempita
Kau pernah rasa bahagia dalam nada yang bercorak
irama
Di damba ia sepenuh raga..di papah ia sejunjung
cahaya angkasa
Dalam helaian noktah kau tetap ceria..
HATI..
Kau Juga pernah merasa untuk berduka
Kau juga selalu menghirup udara yang menggila
Terpesona dengan longgokan hiba
Kau tetap berdiri tanpa melangkah kata…
DUHAI HATI..
Terkadang kau terhenti untuk berbicara
Terkadang kau terbungkam dalam gelora
Menggamit permaidani dunia
Mencurah segala apa yang terpendam dalam laba…
HATI..
Dalam tangisan nafas berlagu
Dalam bingkisan ia bergerak shahdu
Menongkah seruling pilu
Menguasai segumpal darah yang telah bersatu…
HATI..
Kesedihan ini satu kekuatan
Kedukaan ini satu kebangkitan
Lenyapkan semua kesempitan
Hadirkan kembali senyuman kebahagian
Agar kau tidak terbelenggu dalam kegelapan…
Tuesday, October 16, 2012
Merekalah Permata Hatiku
Dengan
nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam buat
junjungan, Rasulullah S.A.W, keluarganya dan sahabatnya.
Assalamualaikum
dan salam kasih buat teman2x kesayanganku dan mereka yang sudi meluangkan masa
membaca entri ini.
Alhamdulillah.
Syukur ke hadrat Ilahi kerana masih memberi ruang pada diri ini untuk
meneruskan sisa-sisa hidup dalam mencari cahaya-Nya dan Jannah yang menjadi
idaman setiap Muslim. Dia sering membantu diri ini berkelana di bumi yang tidak
panjang lagi usianya. Syukur Alhamdulillah.
Coretan
kali ini lebih kepada peringatan kepada diri ini yang sering terlupa.
Saya
baru sahaja usai membaca sebuah artikel yang bagi saya agak menusuk kalbu.
Artikel ini ditulis oleh penulis kegemaran saya iaitu saudara Hilal Asyraf di
dalam buku motivasi terbarunya ‘Langit Ilahi 3: Fanzuru’. Artikel ini
bertajuk Benarkah Kita Sayang Ibu Bapa?. Dan jugak artikel gen-Q ‘hadiah untuk ibu bapa’....
Tersentap
juga saya setelah membaca artikel ini dan Hati ku mula tertanya-tanya benarkah
aku sayang pada ayah dan ibu? Atau ianya sekadar ucapan di mulut tanpa
perasaan?
Mengapa
saya kata begini? Kenapa ya?
Jika
soalan sebegini diajukan kepada diri kita, apa yang akan kita jawab?
“Awak
sayang ayah dan ibu awak?”
Selalunya
jawapan kita berbunyi lebih kurang begini,
“Mestilah
saya sayang pada mereka. Mana ada anak tak sayangkan ayah dan ibu.”
Jawapan
yang klise.
Bila
ditanya mengenai perasaan kita terhadap ibu dan ayah kita, tanpa rasa ragu-ragu
kita akan menyatakan betapa sayangnya kita kepada mereka. Persoalanannya,
sedalam mana kita mencintai ibu dan ayah kita?
Sedar
atau tidak, kita sebenarnya sudah jauh dengan mereka. Kadangkala kita melupakan
mereka. Tidak kisah jika berbulan-bulan kita tidak menghubungi mereka. Bila
bersama kawan-kawan, bayangan ibu dan ayah tidak lagi wujud di dalam pemikiran
kita. Jadi, perkataan ‘sayang’ yang kita ungkapkan tadi hanya sekadar kata-kata
manis di bibir kita.
Sejujurnya, aku sendiri mengalami situasi di atas. Memanglah diriku sayangkan mereka. Namun,
kasih-sayang saya itu gagal saya zahirkan. Teringat saya pada zaman saya
belajar di SESTER(SM. Sains Kuala terengganu) dan Kolej Mara Kulim. Saya berada
jauh dari pandangan mereka. Betapa teruknya saya ketika itu. Begitu jarang
sekali saya menghubungi mereka untuk bertanyakan khabar. Saya hanya menelefon
mereka sekadar untuk memesan barang-barang yang saya inginkan. Kejam betul saya
kepada mereka. Semoga Allah S.W.T mengampuni segala perbuatan diri terhadap umie dan abah.
Bukanlah
saya ingin mengatakan yang saya sudah berubah 100%. Mana ada manusia yang
sempurna di dunia ini kecuali para anbiyak. Namun, saya masih lagi berusaha
untuk berubah untuk menjadi anak yang lebih baik dan solehah kepada ibu dan
ayah saya. Saya ingin menjadi harta yang amat bernilai buat mereka. Sebagaimana
yang kita ketahui dari sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud,
"Apabila
seorang manusia mati , putuslah (tulisan pahala) amalan (setakat itu) (Kecuali
tiga perkara (yang akan berlanjutan tulisan pahalanya) iaitu sedekah jariah
atau ilmu memberi kepada yang faedah orang lain atau anak yang soleh
yang berdoa untuknya."
(Hadith Sahih - Riwayat Imam Ahmad)
Saudara
Hilal Asyraf juga ada berkongsikan sebuah kisahnya bersama sepupunya. Izinkan
saya berkongsi cerita ini bersama anda. Semoga hati kita akan terbuka dan
berusaha untuk menyenangkan ibu bapa kita.
Jawapan
sepupu kepada penulis apabila ditanyakan cita-citanya,
“Cita-cita aku ialah aku hendak dapatkan
kerja yang boleh buat aku upah maid untuk jaga ibu dan ayah aku, upah doktor
untuk sentiasa jaga kesihatan mereka dan aku mahu bina rumah yang selesa. Biar
ibu ayah aku boleh hidup di situ, habiskan masa tua mereka dengan bahagia
bersama keluarga.”
Wah.
Hebatnya insan ini. Cita-citanya ingin menyenangkan ibu bapanya. Kita pula? Ada
kita berfikir sepertinya? Adakah kita mempunyai cita-cita seperti sepupu
penulis ini? Jika anda lontarkan soalan ini kepada saya, saya sendiri tidak
terfikir untuk memberi jawapan macam ini.
Ada
seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah S.A.W, “Adakah aku patut ikut
berjihad?” Rasulullah S.A.W bertanya, “Apakah ibu bapamu masih hidup?” Orang
itu menjawab, “Ya.” Rasululah S.A.W berkata, “Lakukanlah jihad untuk keuntungan
mereka.”
(Riwayat Al-Bukhari)
Jadi,
ayuhlah kita memperbetulkan cita-cita kita demi kasih dan sayang kita terhadap
ibu bapa kita. Sesungguhnya ibu bapa itu tidak mungkin dapat kita ganti walau
dengan emas setinggi gunung. Bertindaklah sementara mereka masih ada di sisi
kita.
Lihatlah bagaimana Allah memuliakan ibu bapa.
“Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua
ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi
kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh
menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian)
bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah
jua tempat kembali (untuk menerima balasan). Dan jika mereka berdua mendesakmu
supaya engkau mempersekutukan denganKu sesuatu yang engkau – dengan fikiran
sihatmu – tidak mengetahui sungguh adanya maka janganlah engkau taat kepada
mereka; dan bergaulah dengan mereka di dunia dengan cara yang baik. Dan
turutlah jalan orang-orang yang rujuk kembali kepadaKu (dengan tauhid dan
amal-amal yang soleh). Kemudian kepada Akulah tempat kembali kamu semuanya,
maka Aku akan menerangkan kepada kamu segala yang kamu telah kerjakan.”
(Surah Luqman ayat
14-15.)
Redha ayah dan ibu lah saya perlukan
dalam hidup ini.
Teringat
saya kepada kata-kata saudara penulis,
“Antara
sebab penulisan saya diterima ramai adalah kerana ibu bapa saya redha dengan
apa yang saya buat sekarang. Bahkan saya kira, apa yang saya capai hari ini
bukanlah kerana penat jerih yang telah saya usahakan. Tetapi semuanya kerana
doa yang telah ibu bapa saya panjatkan. Redha ibu bapa menjemput redha
Allah S.W.T.”
Langit Ilahi 3: Fanzuru (m/s 184)
Benar
juga kata-kata saudara Hilal Asyraf. Jika ibu bapa redha dengan apa yang kita
lakukan, semua perkara yang kita lakukan pasti akan menjadi dan mendapat
keberkatan. Insha Allah. Tidak perlulah kita menunggu tibanya Hari Ibu atau
Hari Bapa barulah kita hendak menzahirkan perasaan kita terhadap mereka.
Setiap
hari adalah Hari Ibu dan Hari Bapa. Jangan pernah lupa doakan ibu dan bapa
kita. Semoga mereka di tempatkan di syurga dan di kalangan orang yang beriman.
Ayah! Ibu! Kaulah MATAHARIKU!
Sumber cahaya dan kekuatanku,
Ya allah berikan ku kesempatan buatku
menumpahkan segala baktiku kepada mereka,
ya allah berikan ku kekuatan untukku
mentaati mereka.....
ya allah jauhkan diriku dari menyakiti mereka...
Friday, September 21, 2012
dia pilihanku.....
Lantunan rinduku tuangkan dalam sejadah cintaMu..
Bersaksi cinta dengan butiran tasbihku..
Sunyi malam ku bersujud penuh doa..
Tangisku mengukir di atas sejadahMu..
Sebut namaMu atas saksi cinta..
Penantian tak ingin lagi ku rasa..
Istikharah cinta memohon petunjukMu..
Tunjukkan ku satu nama PerinduMu...
" Ya Allah,kurniakanlah kepada kami pendamping yang dapat mententeramkan hati kami,Yang dapat mendekatkan diri kami kepada-Mu,Yang dapat mengistiqamahkan kami di jalan-Mu,Yang rela syahid di jalan-Mu..
Ternyata kini aku semakin mengerti..
jauh ini bukan untuk menghukumku..tetapi..
jauh ini untuk MENJAGA aku dan dia...
Berjanji utk BERUBAH menjadi yg lebih baik..
Berjanji utk MEMPERBAIKI cinta kepada Ilahi..
Berjanji utk MENCINTAI Pencipta kami lebih dr segalanya..
Berjanji utk MENDALAMI Islam hingga ke akar umbi..
Kami yakin Ya Rabb....
dengan izinMu bila tiba saatnya nanti...
Kami akan LEBIH BERSEDIA untuk melayari semua ini dengan jalan yg diredhaiMu..InsyaAllah..
"Buat bakal zaujahku....
akan ku persiapkan diriku sebelum ku menikahimu, agar tibanya saat ijab kabul itu,
aku mampu menjagamu,maruah dan kehormatanmu
dan juga cintamu...
Aku mengharapkan solehahmu, meskipun aku bukanlah soleh....
akan ku cuba menjadi imammu dan pembimbingmu,
pendamai hatimu agar kita sama2 mencapai mardhatillah ♥
akan ku persiapkan diriku sebelum ku menikahimu, agar tibanya saat ijab kabul itu,
aku mampu menjagamu,maruah dan kehormatanmu
Aku mengharapkan solehahmu, meskipun aku bukanlah soleh....
akan ku cuba menjadi imammu dan pembimbingmu,
pendamai hatimu agar kita sama2 mencapai mardhatillah ♥
Ya Rabb..
Cintakan kami kepada kebaikan..
Agar cinta kami dapat menyatu menjadi kebaikan untuk semua..dan semakin mengeratkan cinta kami kepada agamaMu..Aamiin ya Rabb..
Istikharah cinta.. ♥
Tinta hati....kembara mencari cahaya: teman....sesuci titisan itu
Tinta hati....kembara mencari cahaya: teman....sesuci titisan itu: assalamualaikum...salam kasih buatmu teman seperjuangan,moga dirimu sentiasa di dalam naungan kasih yang maha pengasih. kutitipkan...
Subscribe to:
Posts (Atom)