Thursday, January 20, 2011

TAFAKUR SEKETIKA

Tuhan,
sulitnya mengapai cintaMu
telah aku cuba dan terus mencuba
seringkali juga kecundang hampa
tetapi aku tak pernah putus asa
walau bertatih atau merangkak
kuteruskan jua perjalanan ini

Tuhan,
telah kugadaikan hatiku untukMu
hingga aku tidak mampu lagi 
berpaling kepada kenangan itu
sedang Kau tahu
betapa jerihpayahnya aku 
menepis segala perasaan itu

Tuhan,
bukan aku mengungkit
aku cuma merayu
agar Kau kasihani aku ini
yang sangat-sangat mendambakanMu

Tuhan
Lihatlah aku ini
kering layu aku di sini
dalam dosa yang tidak pernah surut
dalam taubat yang menyusul tiap mujahadahku
dalam tangisan yang tidak pernah padam
agar kau berpaling padaku ini
sudi menerima aku kembali
menjadi hambaMu yang kau redhai

Sunday, January 16, 2011

sebuah pengorbanan......

assalamualaikum.....

     sekadar berkongsi suara hati.......

         entah mengapa dalam meniti perjalanan hidup minggu ini,hatiku di gamit perasaan rindu.......tapi ingin diri ini ingatkan agar jangan salah faham yer,bukan rindu kat tut....., tapi hati ini rindu  pada mereka yang amat berjasa pada diri ini dalam menempuh kehidupan dan mencorakkan peribadi diri. 

  diri ini pernah di tanya semasa menyertai sebuah program siapakah yang paling kamu sayangi(selepas allah dan rasul..... tambahan sket takut ada salah faham)dan jawapan ku adalah ibu dan nenek.tapi diri ini di perlukan untuk membuat 1 pilihan di antara ke-2nya, kerna ummi ku cintai  kerna kasih sayangnya dan nenek ku cintai kerna pengorbanannya,dan itulah jawapanku kepada fasilitator yang bertanya walau didesak hanya itu jawapan yang kuperdengarkan.

  tidak lupa juga kepada insan-insan yang hadir di sisi dikala diri ini lemah,yang selama ini menunjang diri agar terus mampu berdiri.terima kasih dan sejuta rindu jua buat kalian,terutamanya makcik dan pakcik yang berkorban material dan memberi semangat dalam usahaku menimba ilmu dari mula hingga mampu ku jejakkan kaki di menara gading.

diri ini tidak mampu mengungkapkan betapa kasihnya diriku pada kalian.hanya puisi ini mampu ku ukirkan untuk mereka yang ku sanjungi.
    


Betapa manisnya sebuah pengorbanan
yang menjadikan aku lebih memahami
makna gelak tangis yang mengisi ruang bacaku
mengusik dalam kesibukan mengulangkaji
di celah rujukan dan nyanyian cengkerik malam



Betapa indahnya sebuah pengorbanan
yang mencipta rimbunan mesra
di ruang dan luang telaah
menjadi tiang seri yang gagah
di kala jiwaku lelah
menjadi sutera halus
menyapu air mata kecewa

maka menjadikan aku lebih tabah
dan siaga
mengatur tapak dan jejak
demi satu perjuangan
menuju kemuncak gading
 berkubah cita



Thursday, January 6, 2011

mencari diri

Hari demi hari,
Langkah di susun di sisi
Dengan harapan dapat di isi,
Tapi dengan apa perlu dipenuhi 
adakah dengan hasrat al-hawa yang tiada mati
Atau dengan panduan wahyu-nya agar diri diredhai

Wahai diri yang selalu sepi,
kerna tiada usaha mahu mengisi,
bukalah kelopak mata dari nyenyak mimpi
basuhlah hati dengan tangisan di pipi
yang mengalir sebab terasa jauhnya diri
bukan kerana impian dunia yang hilang sebentar tadi

wahai pemilik mulut ini,
yang sering mengatakan perkara yang jarang dilakukan diri
menegur mereka seolah diri bersih suci
tetapi hakikat diri sendiri tiada mahu peduli
persoalkanlah diri dan hati
mampukah diri bertawajjuh dalam makhamah ilahi
atas kesalahan tiada buat atas teguran tadi
dalam tindak tanduk sehari-hari

muhasabahlah diri sendiri wahai diri
yang akan menutup mata sebentar lagi
dan tiada bangkit untuk kesekalian kali