Wednesday, December 14, 2011


Seorang penulis, biasanya menulis perkara yang berharga pada dirinya, sama ada perkara itu adalah mengenai peribadinya, ataupun mengenai kehidupan hariannya, ataupun mengenai perasaan dan isi hatinya.... apa sahaja yang dirasakan berharga dan ingin dikongsi bersama dengan dunia.


Itulah fitrah penulis dan penulisannya. Setiap kali pena dan tinta bermain di atas kertas, setiap kali itulah dunia akan membaca, indah atau pedih, gembira atau duka, itulah hasil daripada tinta yang berbicara. Barangkali di mulut terukir senyuman mesra. Rakan dan taulan tertawa dengan jenaka yang terhasil dari mulut bicara. Tetapi hakikatnya, menitis air matanya, di atas dakwat pena yang melakar di atas sehelai warkah putih tidak berwarna.


Entah mengapa, kurasakan dunia pena dan tintaku sudah tidak seceria dulu lagi. Tidak ada sesuatu pun yang dapat menarik perhatian aku, seorang peminat pena dan tinta, yang  dulu suka mencuba dan mencari sesuatu yang baru yang bermanfaat buat pemangkin jiwaku. Satu persatu, hasil tarian pena dan tinta yang aku miliki dahulu kuperhatikan. Ku teliti dan hasilnya adalah satu senyuman.


Tetapi menjadi satu persoalan, apakah mereka yang membacanya, juga tersenyum seperti aku?


Allahu akbar!!!


aku pernah terbaca kata-kata ini, “lampirkan penulisanmu itu dengan seribu manfaat, yang dapat membuat orang yang membacanya, tahu sesuatu yang baru. Jangan ditulis sesuatu yang membuatkan orang tahu rahsia peribadimu. Benar, pena dan tinta itu adalah wadah untuk hati berbicara. Mana mungkin seorang yang tidak punya ilmu, mampu menulis sesuatu yang berharga buat manusia lainnya...”


Aku tertawa..... tapi aku tidak tahu, apakah tawaku itu tawa gembira, atau sekadar untuk menutup hati yang luka. Dan aku tertawa lagi, dan barangkali kalian juga sedang tertawa, yang akhirnya kalian simpulkan, “Dia ni memang suka bermadah.”


Ya aku memang suka bermadah,kerna aku amat mengagumi kelembutan bahasa yang digunakan.

Tetapi.....


“Ini tulisan siapa? Siapa yang menulisnya? Siapa?”


Aku tertanya-tanya. Kerana di hadapan mataku itu, beberapa warkah penuh dengan kata-kata, yang terhasil dari tarian tinta dan penaku, tetapi tidak sedikit pun aku melihat, padanya ada diriku.


Itu palsu! Itu palsu!! Itu palsu!!!


Dan tulisan ini, yang sedang kalian baca ini, aku tidak tahu, apakah memberi erti kepada kalian, apakah memberi pengetahuan dalam diri kalian... Aku tidak tahu.


Cuma, satu perkara yang aku mahu kalian beri perhatian,


“Wahai sahabat-sahabatku, jangan kalian remehkan dunia penulisan, apa yang kalian ungkapkan di sini, akan menjadi saksi diri kalian, di hari pembalasan yang dijanjikan. Aku dan kamu, kita dan mereka, tiada bezanya. Yang membezakan antara kita, hanyalah pada amal. Bukan kata bicara, atau pengetahuan dan ilmu yang beribu mahupun penulisan yang kita banggakan ini dapat membantu kita di sana nanti..”






ku sampaikan peringatan buatmu diriku......

Friday, December 2, 2011

belajar dari si buah manggis





Si buah Manggis...
Di luaran kulit tidak seindah mana
Hitam..Kusam..Gelap...Bertampok-tampok
Bagi yang menilai secara zahirnya...pasti dipandangnya sebelah mata
Namun
Di sebalik kekurangan luarannya...
ada kehebatan dalamannya yang tersembunyi..


Lihat keindahannya..
Terpelihara isi dek kulitnya
Yang tebal dan tegar dari anasir luar yang bisa merosak isi
Biar kulit luaran hitam..Namun isi dalamannya putih salju
Lagi penuh kemanisan.
Uniknya ia
Betapalah  jujur diibaratkan...


Lihat sahaja di bawahnya..
Bilangan sepal yang dizahirkan di bawah buahnya...
Adalah sama dengan bahagian isinya..

Itulah kehebatan Si Buah Manggis...


Di sebalik cerita Si Buah Manggis..
Andai direnung di dalam diri
Biarpun fizikal tidak menarik..Penampilan serba kekurangannya...
Namun andai hati bersih 
tiada hasad dengki,riak,benci,dendam,ujub,sombong dan lain-lain sifat mazmumah
Pasti kehebatan tiada bandingannya!

Begitu juga kejujuran di hati..
Biarlah apa yang diluah dari kata-kata menyamai kata-kata di hati
Jangan pula
Mulut kata Sayang.....Hati kata Benci
Di depan bermanis muka..Berkata Indah


Di belakang lain pula ceritanya!