Tuesday, March 20, 2012

Ku Mulakan langkah Baru....dengan bismillah.


assalamualaikum....dan moga di rahmati buat mereka yang sudi menjenguk




pada kebiasaanya pada awal bulan muharam dan awal tahun baru azam dan langkah baru mula di orak.setelah ada khilaf yang telah ku lakukan,inginku mulakan langkah baru untuk membaiki diri dan hatiku agar aku mampu untuk mengelakkan dari melakukan kesilapan yang sama.

kesilapan yang lalu akan ku jadikan pengajaran dan kekuatan untukku mulakan langkah ini.buat mereka yang memberi kekuatan padaku untuk mengorak langkah  dengan kata-kata ku ucapkan terima kasih,mungkin negatif kata-kata itu tapi akan ku jadikan ingatan agar aku mampu sentiasa menilai diri apabila aku lupa akan khilaf yg kulakukan.

dan sebagai penutup entry ini,

ku mohon maaf di atas keterlanjuran kata dan perbuatan yang menyakitkan hati kalian,kerna aku ingin mulakan orakkan abru langkahku dengan tenang.


bismillah.....

pesanan untukmu hati.......

Mungkin dirimu ditinggalkan,
Mungkin dirimu menyendiri,
Mungkin dirimu di kelilingi,
Mungkin kau hanya mencari,
Masih belum kau ketemu,
Kerana kau tidak tahu,
Apa yang sebenarnya hilang.
Mungkin kau bersedih,
Mungkin kau bergembira,
Mungkin kau biasa-biasa saja,
Namun, kosong itu masih ada.
Pernahkah?
Pada satu ketika kau menyendiri,
Tanpa sesiapa di sisi,
Kau merasa sedih, mungkin juga benci,
Benci dengan semua makhluk di sekeliling,
Kerana mereka meninggalkanmu.
Pernahkah kau bersedih kerana diri tidak dipeduli,
Kerana diri tidak sehebat manusia lain,
Lalu di situ kau terduduk,
Menangis samada luar atau dalam hati.
Tiba-tiba terdengar satu suara halus,
Yang memujuk hati agar jangan bersedih,
Yang memberitahumu bahawa kau tidak keseorangan,
Yang meyakinkanmu bahawa awan hitam akan berarak pergi,
Matahari pula akan bersinar kembali.

Dalam masa yang sama,
Ada juga satu suara garau,
Yang menyuruhmu untuk tidak mempedulikan itu semua,
Segalanya mustahil, mana mungkin ada peneman setia,
Yang sanggup mendengar segala keluh-kesahmu,
Yang sanggup memaafkan walau menggunung tinggi dosamu,
Yang sanggup menerima usahamu walaupun tidak sehebat insan lain,
Yang tidak pernah sekalipun menolak untuk berada di sisimu.
Namun, suara halus tadi itu kian sayup-sayup kedengaran,
Kemudian hilang ditenggelamkan suara garau yang menambahkan kebencian di hati,
Tanpa sedar dirimu dikemudi amarah,
Mencari kesilapan, mencari kesalahan.
Mungkin pernah,
Dirimu merasakan tiada gunanya menjadi baik,
Kerana akhirnya kau hanya dikhianati, dibenci dan dicaci maki,
Lalu kau mengalah dan ingin berubah menjadi jahat,
Lalu kau biarkan kerana mahu mengelak dari terluka.
Pernahkah kau terfikir?
Andainya Rasulullah S.A.W juga berpendirian sepertimu,
Mungkinkah Islam akan tersebar ke seluruh dunia?
Oh, itu Rasulullah S.A.W! Bukan aku,
Baginda maksum dan aku tidak.
Buat kau yang bernama diri,
Maksumnya junjungan kita,
Tidak membuatkan baginda bukan manusia,
Baginda juga punya hati juga punya perasaan,
Baginda juga punya perasaan sedih,
Juga pernah mengalirkan air mata.
Pernahkah Rasulullah S.A.W beralasan sepertimu?
Pernahkah Rasulullah S.A.W membiarkan suara garau itu menang?
Meski dituduh pelbagai macam,
Ditohmah dengan pelbagai caci-maki,
Malah diancam bunuh.
Tidak!
Baginda tidak pernah membiarkan suara garau itu menang,
Kerana baginda tahu, suara halus itu,
Adalah kasih sayang daripada Allah,
Yang seringkali insan abaikan,
Yang seringkali dinafikan,
Yang seringkali bergema dalam minda,
Namun jarang sekali dibiarkan terus bergema,
Untuk terus membasahi hati yang dahagakan cinta-Nya.
Kau tahu apa yang kau hilang?
Itulah dia, kau hilang cintamu kepada Tuhan,
Jadi, buat kau yang bernama diri,
Duduk, diam dan fikir,
Dengarlah suara halus itu,
Carilah kembali apa yang kau hilang,
Kerana hanya dengan itu,
Hatimu akan kembali terisi,
Kelak, tiada lagi lubang yang mampu suara garau itu duduki.
“Bersyukurlah andai memiliki hati yang sering dilukai, kerana dengannya kita belajar menjadi seorang yang lebih mengerti, memahami dan menghargai.”

Saturday, March 3, 2012

mereka yang kadang2x kita lupakan ......

assalamualaikum sahabat.....

Dalam kesibukan kita mengejar dunia yang semakin pantas bergerak ...ada sesuatu yang kita tertinggal dan sengaja ditinggalkan....

Ketika kita berbangga dengan kejayaan demi kejayaan...berada di kemuncak kerjaya...memiliki anak-anak yang comel... isteri yang cantik dan rumah yang besar serta wang berjuta juta di bank...ada dua orang insan yang sering kita lupakan...kita terlupa ataupun sengaja kita melupakan...

Mereka adalah ibu dan ayah kita...

Sudahkah kita mencium dan mengucup dahi kedua-duanya hari ini...sebagai tanda bersyukur kerana mereka menjadi penyambung untuk kita berperanan sebagai khalifah di muka bumi ini?


mak ...ayah ...maafkan diriku jika aku tidak menjadi seperti mana yang kau harapkan ...jika aku gagal menjadi anak terbaik buat dirimu...namun ketahui lah bahawa engkau adalah insan paling berharga dalam hidupku ...terima kasih kerana engkau begitu baik terhadap ku selama ini...jasa kedua mu tak akan dapat ku balas hingga ke hujung nafasku ....

ya Allah ...Kau ampunkan dosa kedua ibu dan ayahku dan Kau kasihanilah mereka sebagaimana mereka menyayangi aku ketika kecil ...amin ya rabba alamin ...

tidak ada ibu dan ayah yang sempurna ...namun mereka mencuba untuk menjadi ibu dan ayah yang terbaik untuk anaknya ...dan mereka tidak pernah merungut ketika Allah amanahkan kita kepada mereka ...

sayangilah ibu dan ayah kita ...Kerna jasa mereka tiada tolok bandingnya

Assalamualaikum ...


ya ALLAH… Terimalah kepulanganku..hambaMU.

Biarpun kita menjadi tuan, kita tetap bertuhan..

Biarpun kita mereka-reka, kita tetap ciptaan..

Apalah kita menjadi tuan, sedangkan kita tetap hamba..

Apalah guna mengangkat kepala, sedangkan sujud tempatnya..

 

Lihatlah ke dalam diri, peperangan ada di sana..

Tempat kita di mana? Kalau bukan di situ..

Gelap dan sempit, dan fitnahnya teramat dahsyat..

Perjalanan yang jauh terasa perit..

Berliku-liku dengan wajah yang legam..

Siapakah yang mampu menolong?

Kalau bukan kamu yang berasa kerdil..

Lalu memencilkan jiwa dalam pandangan-NYA

Lalu tunduk sujud mewalangkan diri..

Lalu pulang ke pangkuan-NYA..

 

Kerdillah diri apabila kita pulang ke sana..

Bergelumang tanah di atasnya subur bunga-bunga..

Wahai ALLAH… Terimalah kepulanganku..hambaMU..

  
sabda Rasulullah s.a.w: Bacakanlah Surah Yasiin atas orang yang mati di antara kamu.

Hadith Riwayat Abu Daud, Nasa-i, Ahmad dan Ibnu Hibban: membacakan Surah Yasiin itu akan memudahkan roh keluar dari jasad. Sebab mati itu didahului dengan kesulitan dan sakarat  
(Sajak Petikan Novel ‘Ranggau’)

Thursday, March 1, 2012

Adakah Sudah Sempurna Tanggungjawab Sebagai Sahabat?

Adakah Sudah Sempurna Tanggungjawab Sebagai Sahabat?

Assalamualaikum…

Diri ini mencuri sedikit kesempatan dalam sebuah kenangan .Mengenai tanggungjawab kita kepada sahabat-sahabat di sekeliling.
Dalam menunaikan hak dan amanah sebagai seorang sahabat,
aku paling takut andai aku menjadi sahabat yang suka meminta tolong tetapi liat memberi pertolongan.

aku paling takut menjadi sahabat yang suka mengambil kesempatan, tetapi tidak suka memberi kesempatan.
aku paling takut menjadi sahabat yang memilih teman waktu senang dan menyenangkan, tetapi meninggalkan kawan waktu susah dan disusahkan.

aku juga paling takut andai aku menjadi sahabat yang suka ditolak ansur, tetapi tidak suka bertolak ansur.

gambar (abg senior) time muda

masa event MINDS kat pekan

gambar (abg senior) time muda

lepak kat teluk kalong

makan malam di rumah abg bad

Ya, kita ada amanah dan hak terhadap sahabat kita, jangan cuma kita mengharap hak mereka pada kita.

ps:rindu nak kumpul ramai2 mcm dlu