Sunday, November 7, 2010

WAHAI HATI…..DENGARLAH….



Siapa yang tak mengakui indahnya bunga? Dengan warna yang menarik dan bau yang harum, ia sering menjadi idaman. Kadang-kadang ia juga menjadi perhiasan. Mata yang menilai pula mendapat tafsir tentang keindahan dari akalnya. Akal yang baik dan cerdas adalah akal yang dipandu oleh kasih Allah dan Rasulnya.  Bukankah ini yang dinamakan iman…………
Tidak seorang pun yang dapat menafikan, betapa indahnya mega petang. Warnanya yang begitu menawan, memukau setiap mata yang memandang, setiap hati yang terusik dan setiap jiwa yang rindukan kedamaian. Namun…. lebih indah lagi sekiranya hati kecilnya berkata: ‘Mahasuci Allah, tidak engkau jadikan semua ini sia-sia. Mahasuci Engkau ya
Allah, lindungilah aku dari api neraka.’
Begitu juga dengan keindahan jeram-jeram di kali, dedaunan gugur dihembus angin. Peristiwa-peristiwa sebegini amat meniggalkan kesan kepada hati makhluk yang bergelar insan . Itulah hakikatnya, fitrah jiwa manusia . jiwanya cenderung kepada keindahan dan kecantikan. Biar apapun pangkat dan kedudukannya. Seorang kaya mungkin merasakan
bahawa keindahan itu ialah rumahnya yang tersergam indah di atas bukit dan potretnya yang dilukis hebat. Seorang fakir pula mungkin merasakan bahwa keindahan itu adalah dari riak wajah anak-anak kecilnya yang menunggu kepulangannya.
Namun tidak ramai yang mengetahui, tentang wujudnya satu keindahan hakiki…. indahnya ia membuahkan perasaan kasih sayang pada ibu dan ayah. Indahnya ia , melahirkan rasa kasih pada sahabat dan indahnya ia, memandu akal dan jiwa kepada etenangan, kedamaian, dan kerinduan kepada kebahagiaan. Itulah tanda kasih dan sayang pada Maha Pencipta dan Maha Pengasih. Itulah tanda kasih dan sayang pada Allah dan
Rasulnya.
Hatinya berbisik; lagi……..’Ya Allah, banyaknya nikmat-Mu padaku.tapi ………. sedikitnya aku bersyukur, ya Allah , hatiku tahu nafsu jahat itu musuhku, tapi banyaknya jalan-jalannya yang telah aku turuti. Ya Allah, besarnya pengorbanan ayah, tingginya
nilai kasih dan mesra ibu, tapi aduhai …..sedikitnya do’aku untuk mereka. Ampunkan, ampunkanlah wahai yang Maha Pengasih’
Marilah kita bersama-sama memiliki keindahan iman ini. Milikilah ia dengan banyak merenung dan memikirkan nikmat-nikmat Allah…. Milikilah ia dengan ilmu yang mendalam, mudah-mudahan dengannya keindahan yang hakiki akan kita peroleh.

Tinta hati....kembara mencari cahaya: LELAKI......

Tinta hati....kembara mencari cahaya: LELAKI......: "DULU...bila di sebut lelaki,wanitanya mendongak megah,lelaki kami asadullah,saifullah,kini,bila disebut lelaki,wanitanya menunduk lemah, dul..."

LELAKI......

DULU...bila di sebut lelaki,
wanitanya mendongak megah,
lelaki kami asadullah,saifullah,
kini,
bila disebut lelaki,wanitanya menunduk lemah,

dulu.... bila disebut lelaki
wanitanya tenang di hati,
bila seorang wanita teraniaya,
sepasukan kuda putih datang membela,
al-mu'tasim kebangaan wanita
kini...ribuan wanita suci dipenjara
fatimah diperkosa minta di bela,
lelaki tunduk x bertenaga

dulu....
bila wanita dibawah jagaanya
lelaki memagari sehabis daya,
tiada siapa berani menggoda,
kini,
bila wanita dibawah jagaannya
lelaki x kisah auratnya terbuka
wanitanya dibiar bebas,binasa.

dulu...
lelaki bergadai harta dan nyawa,
untuk mengankat kemuliaan agama,
kini...
lelaki menggadai ketinggian agama,
demi nafsu,dunia dan seisinya

dulu,
lelaki bersatu menghadapi mush,
angkatannya kuat dan teguh
kini..
lelakinya berpuak dan berpecah
sesama sendiri saling bertingkah....

kembalilah lelakiku,
pada kelakianmu,
kami rindukan lelaki dulu,
acuan madrasah rasullullah
                                                      petikan daripada novel syabab musafir kasih,fatimah syarha

                                                                                                         renung2kanlah wahai para pemuda.......

Monday, November 1, 2010

Ya allah......akalku terhad,ilmuku dangkal.........

bismillahirahmanirrahim.....

sebenarnya x tau nak tulis apa.....kerana nie kali pertama mula belajar untuk  bloging2 nie,selalunya asyik baca blog orang jer dan berkongsi pandangan kat blog orang.alhamdulillah,akhirnya digerakkan hati untuk buat blog sendiri untuk berkongsi pandangan dan pendapat....nie jer untuk kali nie kerna betul betul x der idea.