Sunday, July 17, 2011

HATI.....SEBUAH RADAR YANG AJAIB


Rasullulah s.a.w: 'Sesungguhnya di dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota badannya. Tetapi seandainya daging itu rosak dan kotor, maka kotor dan rosaklah seluruh anggota badannya. Dan daging yang dimaksudkan adalah hati.'


Hati adalah ibarat raja bagi tubuh badan manusia. Di sinilah tersimpan tenaga yang hebat seperti pemikiran dan tenaga emosi. Jika hati seseorang itu diisi dengan sifat mahmudah(baik) maka hebatlah seluruh anggota badannya dan akan melahirkan seseorang yang berakhlak mulia. Jika hati telah dikotori dengan sifat mazmumah(keji) maka rosaklah peribadi dan akhlak seseorang itu.

Hati adalah radar yang hebat untuk mengesan perbuatan manusia, sama ada mengesan perkara yang baik atau buruk. Apabila kita melakukan perbuatan yang berdosa, kita akan mudah untuk rasa berdebar-debar dan cemas.Seterusnya ia akan menyebabkan kita rasa gelisah dan tertekan.

Isyarat ini sebenarnya bertujuan untuk menyuruh supaya seseorang untuk kembali pada Allah. Apabila kita memohon keampunan dan bertaubat maka hati kita akan kembali tenang.Hati yang berpenyakit dari segi batin perlu dirawat seberapa segera kerana ianya bukan sahaja memberikan kemudaratan pada ketenteraman jiwa malah boleh menyebabkan penyakit pada anggota badan.

Bagaimana hati mendapat tenaga dan kekuatan?

Makanan hati adalah taqwa kepada Allah.Zikir, membaca Al-Quran, menuntut ilmu agama, memberi zakat, bersedekah dan berbaik sangka adalah makanan hati yang enak dan lazat. Jika hati tidak diberi makan, maka seseorang itu akan menghidap penyakit batin dan zahir.Dengan cara memberikan makanan pada hati,barulah seseorang berhak untuk memperolehi kebahagiaan.

Apakah cara untuk merawat hati yang berpenyakit dan menghidupkan hati yang mati?

Caranya ialah dengan bertaubat.Meminta keampunan, mengingati kematian dan sentiasa melakukan amal kebajikan.Ini akan memulihkan dan menghidupkan semula hati.

Hanya dengan mengingati Allah seperti dalam firman Allah;

'(yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram.' (Ar-Ra'd :28)

Apabila hati kita mendustakan ayat-ayat Allah maka termasuklah kita dalam kategori hati yang berpenyakit sepertimana firmanNya;

'Dalam hati mereka ada penyakit, lalu ditambah Allah penyakitnya; dan bagi mereka siksa yang pedih, disebabkan mereka berdusta.' (Al-Baqarah:10)

Oleh itu,apabila hati kita mengesan sesuatu yang tidak menyenangkan maka marilah kita segera kembali kepada Allah sebelum hati kita menjadi keras.Ingatlah pesananNya yang bermaksud:

'Belumkah datang waktunya bagi orang-orang yang beriman, untuk tunduk hati mereka mengingat Allah dan kepada kebenaran yang telah turun (kepada mereka), dan janganlah mereka seperti orang-orang yang sebelumnya telah diturunkan Al Kitab kepadanya, kemudian berlalulah masa yang panjang atas mereka lalu hati mereka menjadi keras. Dan kebanyakan di antara mereka adalah orang-orang yang fasik.'(Al-Hadid:16)

Tuesday, July 12, 2011

ikhlas....ku cari dirimu

Keikhlasan nan tercalar
Pabila kesabaran mula menghindar
Lemah dan tunduk tanpa sedar
Bisikan syaitan nan tak pernah pudar
Menawan kalbu hamba nan ingkar.

Keikhlasan nan terhakis
Kerana hati tak bisa menangis
Pujukan dan rayumu wahai sang iblis
Ketipisan iman tak bisa menepis.

Lalu...
Lerailah budi,lenyaplah jasa
Segunung budi selaut jasa
Ganjaran dinanti tak kunjung tiba
Ganjaran melayang di tingkap terbuka
Dosa menerpa di hati bertakhta
Budi dan jasa sia-sia semata
Ibadat dilaksana jerih segala.

Aduhai...
Sukarnya mencari keikhlasan
Perit dan getirnya menebal keimanan
Lalu aku kembali kepada pokok pangkal dan dasarnya
Di sinilah...

Kupohon pada-Mu walau dalam susah
Kupohon pada-Mu walau dalam payah
Ikhlas itu rahsia Allah
Mudah-mudahan padaku
Rahmat-Mu tercurah.

Apa khabar jodohku....


assalamualaikum....lama diri ini menyepi diri,entry kali nie sebuah nukilan hati buat semua...tapi di tujukan pada  si dia yang di takdirkan allah, pemilik segala cinta sebagai jodoh untukku,si dia......bakal bidadari hati....

Apa khabar jodohku?sihatkah?berat rasanya kelopak mataku tertutup.bagaimana dengan kamu?apa kamu selalu terbangun di sepertiga malam terakhir?dan apakah mulutmu terasa terus menerus berzikir di malam hari?
Jujur aku rindu padamu wahai jodohku....

Tapi saat ini belum saatnya kita bertemu,bukannya aku tak mahu,atau aku tak rindu.tapi sememangnya perjalanan kita masih panjang.dan masih banyak kewajipan yang harus kita penuhi.kadang2 aku berfikir,apa nanti saat subuh tiba,kau akan membangunkanku?mengajakku bertafakur dan bersujud kepadanya.berat hati ini menantikanmu,gelisah pula hati ini memikirkanmu.apa kau selalu hiasi langkahmu dengan kebaikan-kebaikan?dan apakah nanti saat zuhur tiba,kau akan meninggalkan kesibukanmu sementara untuk menghadapnya?

Jodohku,sihatkah kamu?
Jodohku,sabar dan tenanglah....

Aku di sini masih bersabar menantimu.hatimu tidak terlukakan?senyumlah....kerna aku yakin kebahagiaan selalu menyertai kita.jikalau detik ini hatimu terluka,berwudhuklah...dan mendekatlah diri kepada-Nya.tetapi di sini aku berharap kamu baik- baik saja.

Jodohku,aku rindu....
Bilakah kita akan bertemu?begitu banyak hal yang ingin ku ceritakan kepadamu.begitu banyak pula harapanku untuk kita saling nasihat menasihati,memperbaiki diri dalam sebuah pencarian cinta abadi...

Jodohku..

Adakah kau juga rindu padaku?bagaimana dengan quran mu?sudahkah kau baca di antara maghrib dan isyak?apa yang kau fahami dari surah itu?ceritakanlah padaku ....aku sedia mendengar,dan begitu juga keluhanmu,aku sedia mendengarnya....

Apa perubahan yang kau lakukan dari hari ke hari?semakin baikkah?aku berharap seperti itu jodohku...
Di setiap usai solatku...
Ku bisikkan al-fatihah untukmu,agar kau selalu berada di jalanya....

Jodohku...
Bersiaplah kau untuk mencintaiku secara tulus dan mahu menerima kekuranganku.dan menegur di kala aku tersalah,meneguhkan diriku di kala goyah.jodohku....berusahalah membahagiakan orang tuamu....dengan menjaga sikap dan tutur katamu...aku yakin kau adalah orang yang sabar,orang yang cekal membesarkan pemuda dan pemudi pembela agama.... penerus perjuangan kekasih allah,rasulullah S.A.W.

Jodohku....

Kalau siang sudah berlalu...pejamkan matamu dengan buaian doa,begitu juga ucapan doa dariku yang selalu menyertaimu....semoga allah selalu menjadikan kita berada pada jalan yang benar.amin....

Salam hormat dan kasih  jodohku...moga bertemu di satu masa dalam sebuah lafaz yang suci.



Andai kaulah jodohku yang tertulis di Luh Mahfuz
Allah pasti akan menanamkan rasa kasih sayang dalam hatiku juga hatimu
Itu janji Allah
Jika benar cinta itu kerana Allah
Maka biarkan ia mengikuti aliran Allah
Kerana hakikatnya ia berhulu dari Allah maka iapun berhilir hanya kepada Allah
Hati begitu mudah dibolak-balik
Serahkan rasa yang tidak sanggup dijadikan halal pada memberi memilikiNYA
Biarkan Allah yang menentukan semuanya



fakhrol radzi
23:46 p.m