Monday, August 22, 2011

MENANGISLAH KERANA ALLAH...



BINGKISAN KHAS:
Buat mereka yang sering menangis kerana terluka dengan kekasihnya dan menangis kerana ditinggalkan oleh kekasihnya. Serta buat semua ummah yang pernah terlupa...
PERKARA:
MENANGIS KERANA TAKUT KEPADA ALLAH

Firman Allah swt dari surah Al Maidah ayat 44 yang kira-kira maksudnya:
“Maka janganlah Engkau takut kepada manusia dan takutlah kepadaKu...”


Diceritakan, ada seorang lelaki yang jatuh hati kepada seorang wanita. Ketika wanita itu keluar untuk satu keperluannya, maka pergilah lelaki itu bersamanya. Sampailah mereka ke satu kampung yang sunyi di mana penghuninya telah pun tidur.

Lalu, lelaki itu pun menyampaikan hasrat hatinya. Wanita itu menyahut, “Lihatlah samada orang-orang telah tidur semuanya?”

Lelaki itu memikirkan bahawa wanita itu bermaksud bahawa wanita itu bersetuju untuk menuruti kehendak hatinya. Dia pun mengelilingi kawasan itu untuk melihat samada semua orang telah tidur atau tidak.
Setelah jelas bahawa semua orang-orang telah tertidur, segera dia menghampiri wanita tersebut seraya berkata, “Benar, semua orang telah pun tidur.”
Lalu, wanita tersebut bertanya; “Bagaimanakah pendapatmu dengan Allah? Apakah saat ini Dia juga telah tidur?” 
Dan lelaki itu pun menjawab. “Sesungguhnya Allah tidak pernah tidur.”
Wanita itu pun berkata lagi. “Sesungguhnya Zat yang tidak pernah tidur akan melihat kita meskipun manusia sedang tidur lelap dan tidak melihat kita. Oleh kerananya Dia lebih berhak untuk ditakuti.” 
Dengan segera lelaki itu meninggalkan wanita itu kerana dia takut kepada Allah. Dia telah pulang ke rumahnya dan bertaubat. Setelah dia meninggal dunia, ada orang telah bermimpi bertemu dengannya. Lalu ditanya; “Apakah yang telah Allah lakukan kepadamu?”
Lelaki itu menjawab: “Allah telah mengampuniku kerana ketakutanku dan kerana aku meninggalkan dosa itu.”

Rasulullah saw bersabda:
“Ketika tubuh seorang hamba bergetar kerana takut kepada Allah, berguguranlah dosanya bagaikan dedaunan yang jatuh dari pohonnya.

“Sesungguhnya Allah berkata: Aku tidak mengumpulkan pada hambaKu 2 ketakutan dan 2 keamanan. Barangsiapa yang takut kepadaKu di dunia, Aku amankan dia di akhirat. Dan barangsiapa yang berasa aman dariKu di dunia, Aku akan takutkan dia di akhirat.”


Disebut dalam kitab Bidayatul Hidayah. Pada hari kiamat, didatangkan api yang bergemuruh. Hinggakan menggetarkan hati setiap ummah. Ketika mereka mendekatinya, gemuruh tersebut semakin kuat. Hingga terdengar dari jarak perjalanan 500 tahun. Setiap orang sampai para nabi berkata; “Nafsi-nafsi”(sendiri-sendiri). Kecuali Rasulullah saw yang sering kau lupakan. Baginda berkata, “Umatku-umatku.”
Kemudian, keluarlah api bagaikan gunung. Umat Muhammad saw berusaha untuk menolaknya sambil berkata;
“Demi orang-orang yang bersolat, demi orang-orang yang siddiq, demi orang-orang yang khusyu’. Dan demi orang-orang yang berpuasa. Kembalilah engkau wahai api!” Malangnya, api itu tidak juga kembali.
Maka, berkatalah Jibril as:
Sesungguhnya api hendak membakar umat Muhammad.” Lalu datanglah ia sambil membawa segelas air sambil berkata lagi: “ Ambillah air ini. Dan percikkan ke api itu!” Rasulullah saw melakukan perkara itu. Dan seketika itu, api itu pun padam. Lalu, Nabi Muhammad saw bertanya: “Air apakah ini?”
Jibril menjawab:
“Itulah air mata umatmu yang menangis kerana takut kepada Allah dan sekarang aku diperintahkan untuk memberikan air itu kepadamu supaya engkau memercikkannya kepada api sehingga padam dengan izin Allah”


Rasulullah saw seringkali berdoa:
“Ya Allah, berilah aku rezeki dua mata yang menangis kerana takut kepada Engkau sebelum air mata ini habis.”
Barangsiapa yang ingin selamat daripada azab Allah serta mendapatkan pahala serta rahmatNya, hendaklah dia sabar atas kesulitan dunia, taat kepada Allah serta menjauhi maksiat.

Dalam kitab Zahrir Riyadh, dirawikan dari Rasulullah saw, sesungguhnya baginda bersabda:
“Ketika masuk ahli syurga, mereka disambut oleh para malaikat dengan segala kebaikan dan kenikmatan. Dipersilakan untuk mereka singgahsana berpermaidani indah. Disajikan untuk mereka segala rupa makanan dan minuman yang lazat. Oleh itu, mereka menjadi kehairanan.”

Lantas Allah berfirman.
“Wahai hamba-hambaKu mengapakah engkau hairan? Ini bukan tempat untuk merasa hairan.” Dan mereka menjawab: “Janji untuk kami telah tiba waktunya.” Kemudian, Allah telah berfirman kepada malaikat: Bukakanlah hijab dari muka mereka. Malaikat menjawab: Ya Tuhanku, bagaimana mereka dapat melihat Engkau sedangkan mereka itu derhaka?
Lalu Allah menjawab;
“Sesungguhnya mereka telah berzikir, bersujud dan menangis di dunia kerana ingin bertemu denganKu.”
Lalu malaikat pun membukakan tabir sehingga mereka dapat melihat. Maka, segera mereka bersujud kepada Allah.
Tetapi Allah berfirman: “Angkatlah kepalamu. Hari ini bukanlah hari untuk kamu semuanya rukuk dan sujud kepadaKu. Tetapi hari ini adalah hari pembalasan nikmat kepada kamu semua. Sesungguhnya wahai hamba-hambaKu, syurga bukanlah tempat untuk beribadat tetapi adalah tempat mulia untuk kamu merasakan nikmat dan kesenangan yang berkekalan.” Kemudian, mereka nampak Allah tanpa kaifiyah.
Allah berfirman lagi: “Salam sejahtera bagi engkau hamba-hambaKu. Aku redha kepadamu. Apakah engkau redha kepadaKu?”

Mereka menjawab: “Bagaimana kami tidak rela wahai Tuhan kami. Engkau telah memberi kami sesuatu yang belum pernah terlihat oleh mata, belum pernah terdengar oleh telinga, bahkan belum pernah terlintas dalam hati manusia.”
Inilah yang dimaksudkan oleh Allah dalam Al Baiyinah ayat 8: Ertinya; “Allah rela kepada mereka dan mereka pun rela kepadaNya.”

Dan firman Allah dalam Yasin ayat 58 yang membawa makna: “... (Dan ucapan) perkataan selamat daripada Tuhan yang pengasih.”

Dan Rasulullah saw telah bersabda: “Api neraka tidak akan menjilat orang yang pernah menangis kerana takut kerana Allah swt. Sehingga air susu kembali ke tempat asalnya.”
*Sumber: Terjemahan Mukasyafah Al Qulub tulisan Imam Al-Ghazali.

Buat mereka yang seringkali menangis demi perkara yang sia-sia; menangis kerana cinta manusia, menangis kerana membaca novel cinta, menangis menonton filem cinta yang semu. Cinta! Cinta! Cinta duniawi. Istighfarlah! Sedarlah! Bangkitlah dari lenamu.
Buat mereka yang seringkali melupakan kekasih yang paling agung; Allah sedang menantimu di pintu taubatNya. Pulanglah padaNya... dan menangislah untukNya.
Menangis untuk menagih cintaNya, menangis kerana memohon taubatNya, menangis kerana berdosa padaNya, menangis kerana takut padaNya.

Kerana Allah swt telah berfirman:
“Janganlah kamu seperti orang-orang yang melupakan Allah...” Al-Hasyr: 19

Ingatlah, menangislah kerana Allah, kerana hanya Allah sahaja yang layak buat semua titisan air matamu...


Thursday, August 11, 2011

Sajak Cinta Buatmu Bakal Kekasih.....





Buatmu yang ku nanti dengan penuh kesabaran & penuh tawakal-lillah..

Sajak Cinta Buatmu bakal kekasihku Yang Doaku Kini Sedang Damai Dalam Kasih & Sayang Allah...


Dengan Nama Allah, 
Ku mulakan kalam cinta ini..

Sekiranya,
Kita cinta kepada manusia,
tidaklah semestinya manusia juga cinta kepada kita.

Tetapi sekiranya,
Kita cinta kepada Allah,
nescaya cinta Allah tiada penghujungnya...

Sekiranya,
Kita cinta kepada manusia,
Kita akan cemburu kepada orang yang mencintai dia yang kita cintai.

Tetapi sekiranya,
Kita cinta kepada Allah,

Nescaya,
Kita akan turut mencintai orang yang melabuhkan cinta & jiwanya kepada Allah juga...


Subhanallah! 
Begitulah indahnya cinta Hakiki,
Cinta yang membuahkan bahagia berpanjangan..
Keindahan & keharuman sepanjang jalan..

Ya Allah,
Andainya dia adalah jodoh,
Yang ditetapkan olehMu untukku,

Maka,
Campakkanlah ke dalam hatiku,
Cinta kepadanya adalah kerana cintaku kepadaMu,
Dan campakkanlah ke dalam hatinya,
Cinta kepadaku yang juga bersandarkan hanya keranaMu.

Namun,
Andainya dia bukanlah jodoh,
Yang ditetapkan olehMu untukku,

Maka,
Berikanlah aku kekuatan padaku untuk pasrah,
Dalam mengharungi ujian yang Kau berikan kepadaku..

Sesungguhnya Allah..
Ku harapkan cinta sesama insan ini,
Bersandarkan kepada tautan redha & kasihMu ya Tuhan...

Kerna apalah adanya pada cinta yang bertaut tanpa redhaMu.
Kaku, kosong, hambar & lesu seiring pudarnya rasa cinta palsu.
Cinta yang penuh beralasan..

Bahkan cinta yang bersatu kerana ada diriMu,
sebagai pengantaranya,
Itulah sebaik-baik pilihan,
Kerana Engkaulah sebaik-baik tempat bersandar,
Tempat memohon pertolongan,
Dalam meniti titian yang rapuh,
& penuh beronak duri ini.

Tanpa iman, takwa & mahabatullah,
Akan tersungkurlah cinta itu..
Sebelum sempat dipersembahkan kepadaMu..

Sesungguhnya ku harapkan cinta yang halal ini.
Semata-mata kerana ingin menyempurnakan keimanan & ketakwaan. 
Juga ku harapkan cinta yang berkah ini..
Untukku bawa dalam perjalanan menemuiMu wahai Tuhan..

Namun,
siapalah aku untuk menafsir ketentuan..
Sedangkan aku beriman padaMu,
& sangat yakin..
KetentuanMu adalah yang terbaik..

Daripada suratun-Nur, surah ke 24, ayat ke 26: Dan Maksud firmanMu ya Allah;

"Perempuan-perempuan yang keji [penzina] untuk lelaki-lelaki yang keji [penzina], & lelaki-lelaki yang keji [penzina] untuk perempuan-perempuan yang keji (pula), 
Sedangkan perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, & lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik (pula). Mereka itu bersih dari apa yang dituduh orang. Mereka memperolehi ampunan Allah & rezeki yang mulia [yakni syurga]."

Izinkanlah aku ya Allah.. 
Untuk menjadi pencintaMu yang soleh... 
& memperolehi cintaMu.. 
& bertemuMu & rasulullah SAW..

Dalam raudhah jannahMu yang indah itu..



Mudah-mudahan Allah meredhai..

Allahu 'alam...

Tuesday, August 9, 2011

"MaDaH PuJaNgGa SeJuTa HeLaH BeRmAkNa"

Hidup ini bagaikan boneka yang di kawal perasaan. Kadang kala dia di tunggangi nafsu. Setiap apa yang kita miliki haruslah kita sayangi, kerana bila setiap yang kita sayang hilang....... mungkin takkan dapat kita miliki lagi."



lagi madah...


"Kadang kita tak sedar orang yang kita peduli sayang kat kita. Kadang-kadang kita tak sedar kita telampau sayang kat orang sedang kan dia selalu sakiti hati kita. Dan kita tak pernah sedar, kita bukannya sempurna untuk mendapatkan orang yang sangat-sangat sempurna dalam hidup kita. Kerana kita bukan sapa-sapa untuk buat orang menyayangi kita macam kita sayang kat dia....sebab apa?sebab kita seorang hamba allah swt yang biasa."


Seterusnya...


"Bila kita keseorangan kita bukan tak berteman. Bukan juga bersendirian tetapi akal yang sejengkal itu teman...ilmu didada itu kawan....iman yang kukuh itu sahabat."


Ingatlah bersama....


"Adakah kita perlu menangis supaya kita sedar bahawa hidup ini bukan sekadar untuk ketawa. Adakah kita perlu ketawa bahawa kita dapat menilai betapa mahalnya setitik air mata. Adakah kita perlu hargai apa yang kita ada. Kerana lepas kehilangannye baru kita sedari betapa beharganya dia untuk kita."


Akhirnya.....reda lah seadanya ye....


"Alihkan mata mu ke laut,airnya cantik membiru dan penuh ketenangan. Tetapi allah sahaja yang tahu rahsia didalamnya. Begitulah dengan kehidupan manusia penuh dengan rasa riang dan ketawa tapi hanya allah yang tahu rahsia kehidupannya. Jika rasa kecewa pandang lah ke sungai airnya tetap mengalir walau berjuta batu yang menghalang. Jika rasa sedih pandang lah ke langit kita akan sedar allah akan bersama mu."

MAKHAMAH HATI......

Salam...

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah dan Penyayang...

Alhamdulillah, masih dikurniakan nikmat2 dari Allah swt...

masih terus belajar di bumi Allah...

post kali nhe ttg seketul daging yang begitu berharga di dalam diri kita...

iaitu HATI...

Mahkamah Hati...

Sedarkah kita mahkamah pengadilan ada 3 semuanya...

Pertama: Mahkamah dunia

di mahkamah dunia saksi, pendakwa serta hakimnya adalah manusia
iaitu kita sendiri
dan ianya mempunyai kelemahan kerana
kadang-kadang kebijaksanaan dan kelicikan mahkamah dunia dapat dibohongi...
yang bersalah terlepas, manakala yang benar terhukum
itulah mahkamah dunia
tiada keadilan yang mutlak di dunia...

Kedua: Mahkamah Akhirat

Hakimnya sudah tentu Allah SWT
yang tidak boleh diragui keadilannya
kerana Allah Maha Adil
saksi : apa yang ada pada diri kita
tangan,kaki, kulit...
dan disini lah keadilan tertegak
yang benar, pasti benar dan yang salah pasti salah

Ketiga: Mahkamah Hati

mahkamah yang kita ketahui kewujudannya
tpi, selalu kita abaikan....
betapa lemahnya kita sbg manusia
saksi, pendakwa serta hakimnya adalah hati kita sendiri

Fitrah manusia adalah sukakan sesuatu kebaikan dan membenci kejahatan
ia adalah fitrah suci kurniaan Allah

Surah Ar-rum: ayat 30
"Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada agama (Islam)
sesuai fitrah Allah disebabkan Dia telah menciptakan manusia
menurut fitrah itu. Tiada perubahan pada ciptaan Allah.
Itulah agama yang lurus, tetapi kebanyakkan manusia
tidak mengetahui."

Hati kecil semtiasa bersuara walaupun cuba dipendamkan oleh tuannya
Protes terhadap perlakuan dosa
Fitrah sucinya akan menjerit...
itu lah dia mahkamah hati...

Fitrah sukakan kebaikan haruslah disuburkan, dididik dan dipimpin
maka hidup akan tenang...

Jika sebaliknya, fitrah tersebut diabaikan,
maka tiada ketenangan da kebahagiaan dalam hidup
protes hati pasti berlaku...

tpi, manusia mudh leka dan alpa...
membiarkan sahaja hatinya menjerit...

tapi, kejahatan tetap diteruskan
dan diri mulai terbiasa
dan terjebak dengan kejahatan...
hati mulai dipenuhi titik2 noda hitam
dan akhirnya, hatinya mati...
Fitrah Islam mulai ditinggalkan...
( betapa rugi manusia ini)




sebab itu lah penjagaan hati adalah sangat penting...

suburkan lah hati kita dgn fitrah Islam...