Tuesday, June 14, 2011

YAKINLAH PADA JANJINYA.....


Assalamualaikum warahmatullah..Salam Ukhuwwah fillah,salam satu akidah.Salam kasih sayang dan salam keceriaan buat semua.Salam Muhasabah di pertengahan Rejab yang makin menginjak mengetuk jendela Sya'ban.


Allah Maha Besar,kebelakangan terperasan bahawa didikan-Nya amat jelas.Dijentik rasa insaf dan redha dalam segala yang yang ditakdirkan berlaku dalam hidup ini.Alhamdulillah,walau airmata sering tumpah namun hakikat sabar dan permata hikmah Allah campakkan disepanjang jalan kembara yang kian singkat.Andai Dia takdirkan ini yang terbaik,maka setabah mungkin akan kuukir hati untuk redha.Hakikatnya mudah menuturkan,namun saat dugaan itu datang lagi,kaki tersadung,rebah tersungkur menyembah bumi.Allah masih kasih,diberikan tangan-tangan ikhlas untuk memaut dan menyokong untuk berdiri kembali lalu mengatur langkah baru menempuhi denai yang makin dekat ke penghujungnya.Subhanallah,Maha Suci Allah..Dia tak pernah JAUH.Sungguh!!

Dia yang tak pernah jemu menerima taubat biar beribu kali hamba-Nya tersasar langkah.Dibimbing langkah yang pincang kembali ke laluan syariat,diizinkan hati menerima sentuhan iman yang kian mahal.Sungguh Allah Maha Dekat,lebih dekat dari urat-urat dileher hamba.Dia Maha Mendengar, Maha Memakbulkan..
Jadi mengapa masih harus sangsi??Mengapa dipersoal mengapa realiti tak seirama dengan impian yang dicanai nafsu?Apa memang kita tahu apa yang terbaik untuk diri?Atau Pencipta kita lebih Mengetahui??Kita tidak akan pernah puas,selagi nyawa masih menyatu dengan jasad.Apa sahaja yang ada,masih mencari yang lain.Walau terkadang kita menyedari bahawa apa yang diinginkan tak perlu untuk diri,namun keegoan dan sifat mahu menang menenggelamkan qana'ah dan redha dengan takdir.Tegahan-Nya diamal penuh sombong,suruhan-Nya dilanggar dengan bongkaknya.Namun, bila tersungkur..apa yang meniti dibibir..Allah!Tidak Malukah?akan tetapi Dia masih menerima,Sifat Rahman dan Rahim-NYa tidak pernah tidak ada untuk pendosa yang kembali kepada-Nya.Jesteru,layakkah kita untuk sombong dan angkuh lagi,kerana pada akhir kehidupan kita akan pasti memerlukan Dia.

Andai kita tersedar dari lena itu,kita masih punya waktu..Alhamdulillah,sekurang-kurangnya walau singkat tapi kita masih boleh menyemai cinta kepada-Nya.akan tetapi bagaimana andai bila kita tersedar dek kerana panggilan malaikat yang menyoal..'Ma Rabbuka?'Apa masih punya ruang untuk kembali menagih Kasih Dia.Tidak Mungkin!

Teman,ayuh kita isi ruang muhasabah dengan penyesalan dan airmata.Memohon dengan sepenuh hati untuk hati kita kembali dibersihkan.Jernih dalam pandangan-Nya.Redha-NYa dalam setiap tindak tanduk kita.Kerana yang akan membawa kita ke syurga bukanlah kebaikan dan Pahala berganda,tetapi dengan Rahmat dan Redha-Nya jua.Apa guna kebaikan andai terselit riak dan ujub.Dimana nilai kebajikan andai disana masih ada suara ungkit mengungkit.Tepuk Dada tanya iman kita!tapi sebelum itu pastikan hati kita telah dibersihkan supaya tiap soalan dijawan iman bukan nafsu.insyaAllah.

Teman,suara hatiku bukan mengajar, apalagi menasihati kerana diri ini tidak layak memberikan semua itu.kerana diri ini jua masih bertatih menggapai redha-Nya.Namun,aku bertekad sahabat supaya kita semua bisa merebut cinta-Nya.Dan setiap yang Dia hadirkan dalam hidup kita pasti ada hikmahnya.Suluhlah dengan mata hati,insyaAllah..kebenaran dapat ditemui.Aku masih belajar dan berusaha menjadi hamba-Nya yg paling taat.Harapanku kalian juga begitu.Doaku moga kita thabit dijalan ini.Jalan yang penuh duri dan kepahitan,kerana apa?kerana Syurga itu manis!ayuh teman,kita istiqamah dalam kebaikan,walau terkadang langkah pincang,namun yakinlah bahawa Dia sesekali tak akan pernah jauh.Sentiasa Dekat dan Menyelamatkan langkah kita dari tersasar andai keyakinan kita bersama-Nya.insyaAllah.

Hidup pasti akan selalu beriringan dengan kesulitan, tetapi tak pernah Allah menciptakan kesulitan tanpa diciptakanNya pula pintu keluarnya. Bukan maksud Allah membuat sulit hidup manusia, kerana Allah juga memberikan petunjuk2Nya. Tapi sekali lagi, mengikuti petunjuk itu pun bukan tanpa cubaan. Hanya dengan keteguhan dan perjuangan, semua akan bermuara pada kebahagiaan.

**MAri mengejar bahagia hakiki,tiada akhirnya..dimana?insyaAllah diSyurga!Ameen..ameen..Allahumma ameen.

Friday, June 10, 2011

first time keje.........

Assalamualaikum...salam buatmu teman seperjuangan...
Setelah berakhirnya perjuangan di medan ilmu untuk semester ke- 4 dalam sedar tak sedar sudah 2 tahun berlalu pengajianku di universiti dan bergelar seorang mahasiswa.tapi untuk entry kali ini bukan nak cakap pasal universiti.....hehe,tapi nak berkongsi pengalaman buat pertama kali kerja.pemalas kan diri ini....???ya allah lindungilah daku dari sifat malas dan hasad dengki ,

Cuti kali ini agak panjang iaitu hamper 4 bulan lamanya,dan diri ini percaya ramai rakan-rakan seperjuangan yang mula bekerja sambilan bagi mengisi masa lapang dan sedikit duit poket....termasuklah diri ini.pada mulanya diri ini terasa pelik kenapa hati ini beria-ia sangat nak kerja.....dan kita tinggalkan mukadimah penambah seri ruangan ini dan kita selusuri pengalaman diri
maka bermulalah entry untuk kali ini

Alhamdulillah...kali ini cuti tidak terbuang begitu sahaja dan diri ini di terima untuk bekerja di sebuah restoran makanan ringan di kawasan kuala lumpur.hari pertama kerja,macam-macam perasaan ada,takut,gemuruh dan gembira pun ada semuanya berbolak-balik dalam diri...diri terfikir bagaimanalah penerimaan staff kat situ yer....

   Sesungguhnya di sebalik setiap kejadian ada hikmah yang tersembunyi,kita merancang yang sebaik mungkin dan sebaik-baik perancangan adalah perancangan allah yang maha berkuasa dan maha menentukan.

Dan setelah bekerja  baru diri ini tahu apa yang sebenarnya menanti yang membuatkan diri dan hati ini ingin bekerja,dengan sedikit ilmu yang ada pada diri,allah hadirkan cabaran dan dugaan dalam bentuk yang nyata iaitu  di hadirkan diri ini dengan ujian iaitu ibadah solat,subhanallah sungguh halus cara didikan dari yang maha pencipta buat diri ini .pada hari-hari awal  kerja,hanya allah yang tahu betapa sedihnya diri ini...betapa jauhnya kita umat islam dari agama,kerana kerja dan urusan duniawi  tiang agama di abaikan.....alhamdulillah diri ini masih mampu untuk istiqamah dalam melaksanakannya....
Dan hikmah yang allah sembunyikan buat diri ini mula terlihat ....,pada mulanya diri ini solat bersendirian di dalam ruangan bilik stor,kemudian pada hari ketiga ada rakan sekerja yang mengikut perbuatanku, maka kami solat berjemaah berdua dan sekarang menjelang hampir seminggu  kami sudah solat berjemaah secara bertiga....ya allah,bertuahnya mereka  kerana menerima hidayahmu...rupanya ini amanahmu buatku disini,dengan sebesar zarah ilmu yang ada pada diri dari luasnya  ilmu mu.akan kugalas amanahmu ini sedaya yang ku termampu,dalam mencari redha mu ya allah kurniakan kekuatan padaku dalam melaksankan amanahmu.

  Saat yang paling gembira buat diri ini bila rakan sekerja yang lebih muda dariku,berumur 18 tahun..berkata padaku “abang kalau nak solat tolong ajak saya sama yer”tidak ku sangka dalam diam dia memerhati solat yang diri ini lakukan secara bersendirian di bilik stor simpanan barang.dan alhamdulilah pengurus  restoran membenarkan kami solat setiap kali kami meminta untuk solat bila sudah masuk waktu.ya allah kurniakanlah hidayah mu pada mereka....

Walau seketika  baru kita bersua,
Hanya sekadar bertegur sapa,
tapi pada hati kita tertaut sudah ukwah
 dalam sebuah pencarian cinta abadi.

Setakat ini dulu untuk entry kali ini,kerna waktu rehat dah habis,sekarang nak sambung kerja plak.ku mengharap doa kalian agar dapat ku hadapi ujian ini dan mampu kupikul amanah yang terpikul.salam sayang dan kasih ukhwahfillah dariku buatmu teman...assalamualaikum.

Mohamad fakhrol radzi b. zulkefli
15.48 petang