Friday, September 21, 2012

teman....sesuci titisan itu


assalamualaikum...salam kasih buatmu teman seperjuangan,moga dirimu sentiasa di dalam naungan kasih yang maha pengasih. 
  kutitipkan sebuah senandung dari hati buat tatapan moga ia menjadi penolong di suatu hari nanti.
Teman..
Tangiskanlah air matamu
hanya kerana Allah
Janganlah alirkan air matamu
pada mereka yang tidak patut ditangisi
Teman..
Menangislah kerana takut akan
azab neraka jahannam
Pabila api neraka membutakan mata
dan besi panas memukul badan
hingga hancur isi dan tulang
Teman..
Menangislah kerana keadaan
di padang mahsyar kelak
Pabila diperlihatkan amalan-amalan
mereka dalam keadaan telanjang
Melalui perjalanan beribu tahun lamanya
Teman..
Menangislah kerana keadaan di dalam kubur kelak
Pabila tujuh langkah berlalu
Munkar dan nankir datang menyeru
Sediakah kita dengan jawapannya?
Teman..
Menangislah mengenangkan keadaan kita sekarang
Leka dengan arus duniawi
Tenggelam dibuai dosa dan zina
Teman..
Menangislah kerana mengharapkan keampunan Allah
Menangislah kerana cinta dan rindu yang menggunung padaNya
Menangislah wahai teman
Kerana mata yang tidak menangis adalah mata bagi
Orang-orang yang hitam hatinya.

akhlakku dan ibadatku mungkin tidak seindah tinta penaku,
kerna itu ku lakarkan senandung agar ia menjadi titipan cahaya buatku dan agar mampu untuk aku menilai  kembali diriku di kala aku mula khilaf,kerna aku tahu aku bukanlah yang terbaik,sebagaimna pemimpin yang hebat seperti sultan muhamad al-fateh,dan pahlawan yang  berani seperti si pedang allah(saifullah)Khalid al-walid.tapi aku mahu meneladani dan mencuba untuk menjadi yang terbaik......

No comments:

Post a Comment