Thursday, February 10, 2011

di sebalik pembohonganmu ibu......( 2 )

sambungan dari entry sebelumnnya.....

   pada usia awal remaja,saya masuk ke sekolah menengah.ibu pergi ke kedai dengan membawa sejumlah penyapu lidi dan kuih-muih untuk menyara persekolahan saya,abang dan kakak.suatu hari,lebih kurang jam 1.30 pagi,saya terjaga daripada tidur.saya melihat ibu sedang membuat kuih bertemankan pelita dihadannya.beberapa kali saya melihat ibu terangguk-angguk mungkin kerana terlalu mengantuk.saya berkata"mak tidurlah,esok pagi mak kena pergi kebun pula."ibu tersenyum dan berkata,"cepatlah tidur nak,mak belum mengantuk lagi."itulah pembohongan ibu yang ketiga


pada hujung musim persekolahan,ibu meminta cuti kerja supaya dapat menemani saya pergi ke sekolah bagi menduduki peperiksaan penting.dari awal pagi,hingga matahari terik memancar,ibu terus sabar menunggu saya di luar dewan.sambil menunggu ibu tersenyum sendirian dengan mulutnya terkumat-kamit berdoa kepada ilahi agar saya lulus peperiksaan ini dengan cemerlang.ketiak loceng berbunyi menandakan ujian sudah selesai,ibu dengan segera menyambut saya dan menuangkan kopi yang sudah di siapkan dalam botol yang dibawannya.kopi yang pekat itu tidak dapat dibandingkan dengan kasih sayang ibu yang jauh lebih hebat.melihat tubuh ibu yang dibasahi peluh,saya segera memberiakn cawan saya untuk ibu dan menyuruhnnya minum.tetapi ibu cepat2 menolaknya dan berkata,"minumlah nak,mak tak haus".                   itu pembohongan ibu yang keempat.


    setelah pemergian ayah kerana sakit iaitu selepas adik saya baru beberapa bulan dilahirkan,ibulah yang mengambil tugas sebagai ayah kepada kami sekeluarga.ibu bekerja mengambil upah dikebun,membuat penyapu lidi dan menjual kuih-muih agar kami tidak kelaparan.tetapi apalah sangat kudrat seorang ibu.kehidupan keluarga kami makin susah dan susah.melihat keadaan keluarga yang semakin parah,seorang pakcik yang baik hati dan tinggal berjiran dengan kami datang membantu ibu.anehnya ibu menolak bantuan itu.jiran2 sering menasihati ibu supaya menikah lagi  agar ada seorang lelaki yang akan menjaga ibu dan mencarikan wang untuk kami sekeluarga.tetapi ibu yang memang keras hatinya tidak mengendahkan nasihat mereka.ibu berkata"saya tidak mperlukan cinta,saya tidak perlukan lelaki"itu adalah pembohongan ibu yang kelima


    setelah kakak dan abang habis belajar dan mula bekerja,ibu sudah pun tua.kakak dan abang menyuruh ibu supaya berehat sahaja di rumah.tidak perlu lagi bersusah payah dan bersengkang mata untuk mencari duit,tetapi ibu tidak mahu.ibu rela pergi kepasar setiap pagi menjual sedikit sayuruntuk memenuhi keperluan hidupnnya.kakak dan abang yang bekerja jauh di kota besar sering mengirimkan wang untuk membantu memenuhi keperluan ibu,pun begitu ibu berkeras tidak mahu menerima wang tersebut.malah ibu mengirim balik wang itu dan ibu berkata."jangan susah-susah,ibu ada duit"itu adalah pembohongan ibu yang keenam


  setelah tamat pengajian di universiti,saya melanjutkan pelajaran keperingkat ijazah sarjana muda di luar negara.pengajian saya di sana dibiayai sepenuhnya oleh sebuah syarikat besar.selepas saya berjaya menamatkan pengajian dengan cemerlang,saya mendapat tawaran bekerja dengan syarikat yang membiayai pengajian saya di luar negara.dengan gaji yang agak lumayan,saya berhajat membaw aibu  menikmati penghujung hidupnya di luar negara.pada pandangan saya,ibu sudah puas bersusah payah untuk kami.hampir seluruh hidupnnya habis dengan penderitaan,eloklah hari2 tuanya dihabiskan dengan keceriaan dan keindahan pula.tetapi ibu yang baik hati,menolak ajakan saya.ibu tidak mahumenyusahkan anaknya ini dengan berkata"tak payahlah ,mak tak biasa tinggal di negara orang" itu adalh pembohongan ibu yang ketujuh


sambungan di entry di sebalik pembohonganmu ibu......(3)

No comments:

Post a Comment