Thursday, November 1, 2012

BINGKISAN RINDU DARI HATI UNTUK HATI..

BINGKISAN RINDU DARI HATI UNTUK HATI..


Kau pernah merasa gembira dalam paluan gempita
Kau pernah rasa bahagia dalam nada yang bercorak irama
Di damba ia sepenuh raga..di papah ia sejunjung cahaya angkasa
Dalam helaian noktah kau tetap ceria..

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj8PyWHYdZ1d6MbOCY2RK2wPgrrvQZPGGbLoKiqpgtp9orq2mG7Cz5m9vRGRFSfMTOTXWY1nM5kP5GnYtheMUob__MA9dhIhC_rhzn4hjfQ4q14iXZZJrqX8h4KZfoKrmyl25mRpXgkJUNP/s200/jagalah+hati-1.jpg
HATI..
Kau Juga pernah merasa untuk berduka
Kau juga selalu menghirup udara yang menggila
Terpesona dengan longgokan hiba
Kau tetap berdiri tanpa melangkah kata…

DUHAI HATI..
Terkadang kau terhenti untuk berbicara
Terkadang kau terbungkam dalam gelora
Menggamit permaidani dunia
Mencurah segala apa yang terpendam dalam laba…

HATI..
Dalam tangisan nafas berlagu
Dalam bingkisan ia bergerak shahdu
Menongkah seruling pilu
Menguasai segumpal darah yang telah bersatu…

HATI..
Kesedihan ini satu kekuatan
Kedukaan ini satu kebangkitan
Lenyapkan semua kesempitan
Hadirkan kembali senyuman kebahagian
Agar kau tidak terbelenggu dalam kegelapan…

Tuesday, October 16, 2012

Merekalah Permata Hatiku

 Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam buat junjungan, Rasulullah S.A.W, keluarganya dan sahabatnya.

Assalamualaikum dan salam kasih buat teman2x kesayanganku dan mereka yang sudi meluangkan masa  membaca entri ini.

Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Ilahi kerana masih memberi ruang pada diri ini untuk meneruskan sisa-sisa hidup dalam mencari cahaya-Nya dan Jannah yang menjadi idaman setiap Muslim. Dia sering membantu diri ini berkelana di bumi yang tidak panjang lagi usianya. Syukur Alhamdulillah.

Coretan kali ini lebih kepada peringatan kepada diri ini yang sering terlupa.

Saya baru sahaja usai membaca sebuah artikel yang bagi saya agak menusuk kalbu. Artikel ini ditulis oleh penulis kegemaran saya iaitu saudara Hilal Asyraf di dalam buku motivasi terbarunya ‘Langit Ilahi 3: Fanzuru’. Artikel ini bertajuk Benarkah Kita Sayang Ibu Bapa?. Dan jugak artikel gen-Q ‘hadiah untuk ibu bapa’....

Tersentap juga saya setelah membaca artikel ini dan Hati ku mula tertanya-tanya benarkah aku sayang pada ayah dan ibu? Atau ianya sekadar ucapan di mulut tanpa perasaan?

Mengapa saya kata begini? Kenapa ya?

Jika soalan sebegini diajukan kepada diri kita, apa yang akan kita jawab?

“Awak sayang ayah dan ibu awak?”

Selalunya jawapan kita berbunyi lebih kurang begini,

“Mestilah saya sayang pada mereka. Mana ada anak tak sayangkan ayah dan ibu.”

Jawapan yang klise.

Bila ditanya mengenai perasaan kita terhadap ibu dan ayah kita, tanpa rasa ragu-ragu kita akan menyatakan betapa sayangnya kita kepada mereka. Persoalanannya, sedalam mana kita mencintai ibu dan ayah kita?

Sedar atau tidak, kita sebenarnya sudah jauh dengan mereka. Kadangkala kita melupakan mereka. Tidak kisah jika berbulan-bulan kita tidak menghubungi mereka. Bila bersama kawan-kawan, bayangan ibu dan ayah tidak lagi wujud di dalam pemikiran kita. Jadi, perkataan ‘sayang’ yang kita ungkapkan tadi hanya sekadar kata-kata manis di bibir kita.

Sejujurnya, aku sendiri mengalami situasi di atas. Memanglah diriku sayangkan mereka. Namun, kasih-sayang saya itu gagal saya zahirkan. Teringat saya pada zaman saya belajar di SESTER(SM. Sains Kuala terengganu) dan Kolej Mara Kulim. Saya berada jauh dari pandangan mereka. Betapa teruknya saya ketika itu. Begitu jarang sekali saya menghubungi mereka untuk bertanyakan khabar. Saya hanya menelefon mereka sekadar untuk memesan barang-barang yang saya inginkan. Kejam betul saya kepada mereka. Semoga Allah S.W.T mengampuni segala perbuatan diri terhadap umie dan abah.



Bukanlah saya ingin mengatakan yang saya sudah berubah 100%. Mana ada manusia yang sempurna di dunia ini kecuali para anbiyak. Namun, saya masih lagi berusaha untuk berubah untuk menjadi anak yang lebih baik dan solehah kepada ibu dan ayah saya. Saya ingin menjadi harta yang amat bernilai buat mereka. Sebagaimana yang kita ketahui dari sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud,

"Apabila seorang manusia mati , putuslah (tulisan pahala) amalan (setakat itu) (Kecuali tiga perkara (yang akan berlanjutan tulisan pahalanya) iaitu sedekah jariah atau ilmu memberi kepada yang faedah orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya."

(Hadith Sahih - Riwayat Imam Ahmad)

Saudara Hilal Asyraf juga ada berkongsikan sebuah kisahnya bersama sepupunya. Izinkan saya berkongsi cerita ini bersama anda. Semoga hati kita akan terbuka dan berusaha untuk menyenangkan ibu bapa kita.

Jawapan sepupu kepada penulis apabila ditanyakan cita-citanya,

“Cita-cita aku ialah aku hendak dapatkan kerja yang boleh buat aku upah maid untuk jaga ibu dan ayah aku, upah doktor untuk sentiasa jaga kesihatan mereka dan aku mahu bina rumah yang selesa. Biar ibu ayah aku boleh hidup di situ, habiskan masa tua mereka dengan bahagia bersama keluarga.”

Wah. Hebatnya insan ini. Cita-citanya ingin menyenangkan ibu bapanya. Kita pula? Ada kita berfikir sepertinya? Adakah kita mempunyai cita-cita seperti sepupu penulis ini? Jika anda lontarkan soalan ini kepada saya, saya sendiri tidak terfikir untuk memberi jawapan macam ini.

Ada seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah S.A.W, “Adakah aku patut ikut berjihad?” Rasulullah S.A.W bertanya, “Apakah ibu bapamu masih hidup?” Orang itu menjawab, “Ya.” Rasululah S.A.W berkata, “Lakukanlah jihad untuk keuntungan mereka.”

(Riwayat Al-Bukhari)


Jadi, ayuhlah kita memperbetulkan cita-cita kita demi kasih dan sayang kita terhadap ibu bapa kita. Sesungguhnya ibu bapa itu tidak mungkin dapat kita ganti walau dengan emas setinggi gunung. Bertindaklah sementara mereka masih ada di sisi kita.

Lihatlah bagaimana Allah memuliakan ibu bapa.
“Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan). Dan jika mereka berdua mendesakmu supaya engkau mempersekutukan denganKu sesuatu yang engkau – dengan fikiran sihatmu – tidak mengetahui sungguh adanya maka janganlah engkau taat kepada mereka; dan bergaulah dengan mereka di dunia dengan cara yang baik. Dan turutlah jalan orang-orang yang rujuk kembali kepadaKu (dengan tauhid dan amal-amal yang soleh). Kemudian kepada Akulah tempat kembali kamu semuanya, maka Aku akan menerangkan kepada kamu segala yang kamu telah kerjakan.”
(Surah Luqman ayat 14-15.)
Redha ayah dan ibu lah saya perlukan dalam hidup ini.

Teringat saya kepada kata-kata saudara penulis,

“Antara sebab penulisan saya diterima ramai adalah kerana ibu bapa saya redha dengan apa yang saya buat sekarang. Bahkan saya kira, apa yang saya capai hari ini bukanlah kerana penat jerih yang telah saya usahakan. Tetapi semuanya kerana doa yang telah ibu bapa saya panjatkan. Redha ibu bapa menjemput redha Allah S.W.T.”

Langit Ilahi 3: Fanzuru (m/s 184)

Benar juga kata-kata saudara Hilal Asyraf. Jika ibu bapa redha dengan apa yang kita lakukan, semua perkara yang kita lakukan pasti akan menjadi dan mendapat keberkatan. Insha Allah. Tidak perlulah kita menunggu tibanya Hari Ibu atau Hari Bapa barulah kita hendak menzahirkan perasaan kita terhadap mereka.


Setiap hari adalah Hari Ibu dan Hari Bapa. Jangan pernah lupa doakan ibu dan bapa kita. Semoga mereka di tempatkan di syurga dan di kalangan orang yang beriman.

Ayah! Ibu! Kaulah MATAHARIKU! Sumber cahaya dan kekuatanku,
Ya allah berikan ku kesempatan buatku menumpahkan segala baktiku kepada mereka,
ya allah berikan ku kekuatan untukku mentaati mereka.....
ya allah jauhkan diriku dari menyakiti mereka...


Friday, September 21, 2012

dia pilihanku.....


Lantunan rinduku tuangkan dalam sejadah cintaMu..
Bersaksi cinta dengan butiran tasbihku..
Sunyi malam ku bersujud penuh doa..
Tangisku mengukir di atas sejadahMu..
Sebut namaMu atas saksi cinta..
Penantian tak ingin lagi ku rasa..
Istikharah cinta memohon petunjukMu..
Tunjukkan ku satu nama PerinduMu...

" Ya Allah,kurniakanlah kepada kami pendamping yang dapat mententeramkan hati kami,Yang dapat mendekatkan diri kami kepada-Mu,Yang dapat mengistiqamahkan kami di jalan-Mu,Yang rela syahid di jalan-Mu..
Ternyata kini aku semakin mengerti..
jauh ini bukan untuk menghukumku..tetapi..
jauh ini untuk MENJAGA aku dan dia...

Berjanji utk BERUBAH menjadi yg lebih baik..
Berjanji utk MEMPERBAIKI cinta kepada Ilahi..
Berjanji utk MENCINTAI Pencipta kami lebih dr segalanya..
Berjanji utk MENDALAMI Islam hingga ke akar umbi..

Kami yakin Ya Rabb....
dengan izinMu bila tiba saatnya nanti...
Kami akan LEBIH BERSEDIA untuk melayari semua ini dengan jalan yg diredhaiMu..InsyaAllah..


"Buat bakal zaujahku....
akan ku persiapkan diriku sebelum ku menikahimu, agar tibanya saat ijab kabul itu, 
aku mampu menjagamu,maruah dan kehormatanmu
 dan juga cintamu...

Aku mengharapkan solehahmu, meskipun aku bukanlah soleh....

akan ku cuba menjadi imammu dan pembimbingmu, 
pendamai hatimu agar kita sama2 mencapai mardhatillah ♥
Ya Rabb..
Cintakan kami kepada kebaikan..
Agar cinta kami dapat menyatu menjadi kebaikan untuk semua..dan semakin mengeratkan cinta kami kepada agamaMu..Aamiin ya Rabb..
Istikharah cinta.. ♥

Tinta hati....kembara mencari cahaya: teman....sesuci titisan itu

Tinta hati....kembara mencari cahaya: teman....sesuci titisan itu: assalamualaikum...salam kasih buatmu teman seperjuangan,moga dirimu sentiasa di dalam naungan kasih yang maha pengasih.    kutitipkan...

teman....sesuci titisan itu


assalamualaikum...salam kasih buatmu teman seperjuangan,moga dirimu sentiasa di dalam naungan kasih yang maha pengasih. 
  kutitipkan sebuah senandung dari hati buat tatapan moga ia menjadi penolong di suatu hari nanti.
Teman..
Tangiskanlah air matamu
hanya kerana Allah
Janganlah alirkan air matamu
pada mereka yang tidak patut ditangisi
Teman..
Menangislah kerana takut akan
azab neraka jahannam
Pabila api neraka membutakan mata
dan besi panas memukul badan
hingga hancur isi dan tulang
Teman..
Menangislah kerana keadaan
di padang mahsyar kelak
Pabila diperlihatkan amalan-amalan
mereka dalam keadaan telanjang
Melalui perjalanan beribu tahun lamanya
Teman..
Menangislah kerana keadaan di dalam kubur kelak
Pabila tujuh langkah berlalu
Munkar dan nankir datang menyeru
Sediakah kita dengan jawapannya?
Teman..
Menangislah mengenangkan keadaan kita sekarang
Leka dengan arus duniawi
Tenggelam dibuai dosa dan zina
Teman..
Menangislah kerana mengharapkan keampunan Allah
Menangislah kerana cinta dan rindu yang menggunung padaNya
Menangislah wahai teman
Kerana mata yang tidak menangis adalah mata bagi
Orang-orang yang hitam hatinya.

akhlakku dan ibadatku mungkin tidak seindah tinta penaku,
kerna itu ku lakarkan senandung agar ia menjadi titipan cahaya buatku dan agar mampu untuk aku menilai  kembali diriku di kala aku mula khilaf,kerna aku tahu aku bukanlah yang terbaik,sebagaimna pemimpin yang hebat seperti sultan muhamad al-fateh,dan pahlawan yang  berani seperti si pedang allah(saifullah)Khalid al-walid.tapi aku mahu meneladani dan mencuba untuk menjadi yang terbaik......

Thursday, September 20, 2012

kisah cinta antara manusia.....

kisah cinta di antara manusia..^_^

Pernah satu ketika, seorang 'sain' ini bertanya kepadaku, "akhi, saya ini dah jatuh cinta kat seorang perempuan, dan memang dah bercinta pun, dah ada bermesej, call pun ada kadang-kadang tu, macam mana ya?"

aku hanya tersenyum dan berkata sendirian (monolog), "hurm..bahaya soalan ni, kalau jawab tak boleh kan, macam ekstrem sangat pulak..kalau kata tak boleh ka
n, kan jadi parah pulak kisah cinta diaorang ni, kan ada kecewa ke apa ke, mana lah nak tahu kan, sebab Iman seseorang ni bukan semua kuat..hurm, macam mana ya nak jawab ni? aku pun kalau duk tempat diaorang pun leh tergugat jugak ni..hurm.."

lalu aku terjawab lah ; "hurm, macam ni, kamu suka dia, dia suka kamu kan? jadi, teruskan sahaja berhubung, tetapi mesej tu kalau boleh yang ada ayat-ayat yang saling menasihati, bukannya 'berjiwang' sehingga angan-angan sampai ke bulan, hehe, faham kan? call pulak, kalau boleh tak payah lah, kalau penting sangat pun, rasanya kalau nak bincang pasal pernikahan je lah kot.."

'sain-ku' : "eh, boleh ke buat macam tu akhi? boleh ke?"

aku tersenyum ; "hurm, kalau boleh buat sementara ni, mesej je macam tu, maksudnya saling ingat mengingati supaya ingat kepada Allah, solah kena jaga, tutup aurat, dan seumpamanya..nanti saya bagi jawapan yang lain ya?"

kebetulannya esok tu, aku ada di bumi Kelantan, ada pula pengajian kitab Minhajul Abidin bersama tuan guru mulia, Tuan Guru Muhammad bin Idris Ahmadiyyah Idrisiyyah..

lalu setelah selesai pengajian, beliau hadir ke rumahku untuk sedikit jamuan yang biasa dibuat selepas pengajian..

maka disitulah aku mengambil peluang untuk bertanya..

aku ; "hurm, tuan guru, saya nak tanya satu soalan, boleh?"

tuan guru ; "alhamdulillah, boleh.."

aku ; "tuan guru, kalau seseorang itu sedang bercinta, adakah dia perlu berpisah setelah dia tahu bahawa bercinta sebelum pernikahan ini salah, dan haram hukumnya, ke macam mana?"

jawab tuan guru ; "alhamdulillah, jika dia seorang muslim yang tidak begitu teguh ilmu agamanya, dan amal ibadahnya pun hanya cukup yang wajib sahaja, maka jangan memaksa dia berbuat sesuatu itu dengan paksaan dan tergesa-gesa..

sebaliknya ajar dia bagaimana untuk menjadikan perhubungannya itu dengan lebih baik, dan sesuai dengan keredhaan Allah..

maksudnya tidak perlu berputus, tetapi ajarlah dia, dan bagi tahu dia, jika dia dah suka kat perempuan itu, maka teruskan sahaja dengan pernikahan.."

aku ; "misal kata, kalau ibu dan ayahnya macam tak bagi, sebab masih belajar, atau masing-masing berjauhan, seorang duk kutub utara, seorang duk kutub selatan, hehe..contohnya, macam mana tu?"

tuan guru ; "jika itu alasannya, maka jangan juga putuskan, kerana jika putuskan ia akan menjadi satu hal yang lebih parah, ini dikira darjat orang awam..tetapi pandui mereka berdua ini dengan hikmah dan bijaksana, ajarkan mereka tentang nilai Islam sebenarnya, kenalkan Rasulullah kepada mereka, sunnah-sunnah dan perbuatan baik kepada mereka, bagaimana lelaki dan wanita yang baik disisi Islam sebenarnya, bagaimana pakaian dan perwatakan yang baik dan mulia disisi Allah..biarkan mereka tahu dan berfikir sendirian..maka, mereka sendiri akan buat keputusan tentang hubungan mereka..

kita jangan pilih jalan yang susah buat mereka untuk kembali kepada Allah, tetapi bina jalan yang baik kepada mereka agar mereka sendiri yang mampu berfikir apa yang terbaik buat mereka..

kalau kita dah didik mereka awal-awal lagi bahawa hubungan mereka itu perlu dipisahkan, haram hukumnya bercinta sebelum nikah dan seumpamanya, maka dibimbangi mereka akan jauh daripada Allah, mereka akan termenung sendirian, mungkin akan hilang pertimbangan untuk meneruskan kehidupan, mungkin akan hilang arah untuk berjalan, mungkin akan hilang tempat bergantung..

maka, pilihlah untuk mengenalkan mereka kepada keindahan Islam, kepada manisnya cinta Allah, pemurahnya Allah, penyayangnya Allah, mulianya sifat Rasulullah, cintanya Rasulullah kepada umatnya, bagaimana perjalanan kehidupan Rasulullah seharian, bagaimana kisah Rasulullah dengan sahabatnya, dengan isterinya, dengan masyarakatnya..

maka, apabila mereka sendiri berfikir, maka Allah akan memandui mereka di antara kebenaran dan kesalahan, maka insya Allah, mereka akan pilih kebenaran.."

aku ; "oh, macam tu ya, terima kasih tuan guru."

keesokannya aku menemui 'sain' ini..

aku ; "baik, kamu teruslah bercinta dengannya, tetapi didiklah dia jadi wanita yang baik."

'sain' ; "macam mana tu? kan kalau tegur kan, dia kata nak mengajar dia pula.."

aku ; "hehe, itulah perlu kepada bijaksana dan hikmah, kena cakap baik-baik, dan yang penting usaha diri kita jadi baik, nanti bila dia tengok, 'wah, boyfriend' aku pun boleh berubah, aku? takkan tak nak berubah'.."

'sain' tersenyum ; "ok.."

aku ; "yang penting, jangan tinggal majlis ilmu, majlis bersama ulama'..."




di ambil dari seorang teman....untuk perkongsian

Saturday, July 14, 2012

ia makin menghampiri diri.....


Ramadhan!
Hadirnya ia ditunggu buat yang memiliki hati untuk Ilahi. 
Mengutip kembali sisa cinta yang berbaki agar diserah kepada yang esa. Mengembara mencari erti hamba dalam diri, untuk memperhambakan diri selayaknya buat si Dia yang agung.
Hadirnya pula tanpa diundang buat nakhoda yang sudah jauh belayar dari tujuan asalnya.
Terasa terseksa terpaksa berlapar dan berdahaga. Tidak memahami kedatangan yang harusnya dinanti buat insan bergelar HAMBA. Tidak sabar menanti syawal mengunjung tiba agar melepasi sebulan terseksa menahan nafsu bergelora.
Ada pula yang menanti agar bahtera yang sudah jauh tersasar kembali kepada destinasinya.
Buat bahteranya yang sudah diambung ombak, tersesat pula di tengah lautan dan terumbang ambing di pulau terpencil, kemudian tersedar bahawa bahtera itu tersilap belayar, maka diusahakan mencari kembali kompas agar ia berlabuh pada tempatnya. Maka, Ramadhan lah menjadi titik pemula untuk belayar kembali dengan peta yang tersedia lengkap. Jiwa juga sudah kental menahan ombak yang melanda.
Entah, tidak pasti diri ini tergolong dalam kelompok yang mana.. Biarlah Allah yang menghakimi diri ini selayaknya.
Itu perihalnya bagi manusia. Sudah sedia maklum iman itu beralun rentaknya. Andai ditafsir oleh pemuzik, mungkin bisa menjadi nota muzik buat mereka. Andai ditafsir pula oleh pakar matematik, graf sin kos itulah hasilnya.
Maka, Hadirlah Ramadhan untuk kembali memperbetulkan alunan yang mencanak naik turunnya. Menyedarkan khilaf diri dan membuka celik mata hati agar sedar diri hanyalah kerdil di bumi Ilahi ini.
Ramadhan, itulah institusi tarbiyah!
Mengajar erti SABAR. Mengenalkan erti TABAH. Mempamerkan apa erti HAMBA.
Menapakkan cinta Ilahi kembali di hati di saat rakusnya iman mengejar duniawi semata. Terlupa untuk meletakkan dunia di telapak kaki agar dipijak, bukan letak di tangan mahupun di hati untuk dijunjung dan dipuja.
Allahu Rabbi, sesungguhnya RamadhanMu ini, hadiah istimewa buat hambaMu. Engkau memberi ruang untuk kami kembali menghadap pintu syurgaMu. Memberi peluang untuk kami kembali mendekati taman firdausi Mu.
Maka, hinalah kami andai tidak terlihat kasih sayangMu buat kami.
Hadirnya Ramadhan, jemaah memenuhi masjid apatah lagi di awalnya..
Segala perlakuan diri dijaga, diulang-ulang pula “Eh, bulan puasa tak boleh buat macam ni dan macam tu”
Mudah sungguh untuk berjaga malam, Qiamualail itu menjadi peneman setia.
Entah di mana silapnya, ramai antara kita hanyalah menjadi HAMBA RAMADHANI.
Amalan itu hilang di saat berlalunya ia. Seolah-olah, memperhambakan diri untuk RAMADHAN semata. Seolah-olah Ramadhan itu sebagai ADAT bukan ALAT untuk mempertingkatkan amalan dan jua iman.
Menjunjung tinggi Ramadhan sebagai ADAT. Maka, berlalulah rasa iman itu di saat berlalunya Ramadhan.
Semoga masjid diamarahkan bukan hanya pada bulan Ramadhan.
Sedangkan hadirnya ia untuk membentuk diri menjadi HAMBA RABBANI. Agar menjadi insan Rabbani.
Ramadhan oh Ramadhan, jadilah penggerak sebagai pemula penghijrahanku.
Entah, aku tidak pasti bisa bertemu mu hingga kau melabuhkan tiraimu.
Entah, aku kurang yakin, aku bisa menemui lagi di musim akan datang.
Semoga kau Ramadhan terbaik buatku. Seluruh jiwa dan raga kuserahkan buatMu Ilahi. Semoga malaikat syurga sabar menanti hadirnya diri ini di sana. InsyaAllah....

Sabda Nabi Muhammad SAW,

"Siapa berpuasa di bulan Ramadhan kerana iman dan mengharapkan redha Allah, akan diampuni dosanya yang terdahulu dan kemudian."