Saturday, May 28, 2011

untaian emosi bernama kesedihan

Dengan nama allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani,
Sebuah coretan  diri untuk di kongsi moga ada manfaat buat mereka yang membaca.....
Untuk entri kali ini diri ini ingin berkongsi mengenai salah satu perasaan yang terdapat dalam hati manusia iaitu perasaan sedih. Bercerita mengenai perasaan sedih, pasti setiap orang mengalaminya.kerna perasaan itu juga salah satu nikmat yang dikurniakan allah kerana dengan perasaan ini kita akan mengerti nilai kegembiraan dan begitu juga sebaliknya.....saling melengkapi.
Bagi manusia normal, perasaan sedih mudah menyebabkan emosi menjadi sayu. Sekiranya ia tidak mampu dikawal, akan gugurlah titisan airmata yang membasahi pipi....
Nak tahu kenapa sebab diri ini ingin berkongsi dan bercakap pasal perasaan nie???nak tau x?herm....apa?x nak tau.... tak mengapa kalau tak nak tahu tapi still diri ini ingin beritahu jugak...hehe.jangan marah yer kawan-kawan.sebabnya adalah satu hari ngah chatting ngan sorang kawan,pastu tiba2 dia Tanya
Kawan: fakhrol tak pernah sedih ker?selalu hepi jer nampak....
So diri ini pown jawablah....ala-ala pakar motivasi punya jawapan gitu....hehe x derlah gurau jer...
Jadi diri ini pown beritahulah pada kawan yang Tanya 2,x ingat sangat jawapannya tapi lebih kuranglah..bukan diri ini tak pernah sedih,selalu lah jugak sedih tapi diri ini tak nak orang yg diri ini sayang merasa sedih.so walau hati sedang sedih dir ini tidak tunjukkan biarlah kesedihan diri ini simpan dan pada wajah kita lakarkan senyuman yang paling manis...
senyum ketika kesedihan melmbangkan keteguhan hati dalam menghadapi ujian.
 jangan pernah kau meremehkan nilai sebuah senyuman.
 bukan diri ini tak nak kongsi dengan orang yang diri ini sayang...tapi kerana kegembiraan dan senyuman merekalah sumber kekuatan buat diri ini untuk terus tersenyum.dan segala kesedihan 2 diri ini luahkan pada yang maha mendengar.tapi kadang2x diri ini kongsi ngan sorang roommate nie bila dah x tahan sangat...terima kasih roommate kerana sudi mendengar kesdihan diri... kesian roommate.haha...
 Sebagai tambahan apa yang diri ini selalu lakukan adalah dengan ingat balik apa yang abah bg tahu masa umur diri ini 5 tahun,masa 2 duduk ngan abah kat tepi bendang...
Abah: along, along anak sulung...along belajar sungguh-sungguh.jadi contoh pada adik2 .along fikir sendiri along nak jadi apa....Cuma abah x nak along jadi macam abah dengan umi.
Mungkin simple pada pembaca tapi  bagi diri  ia adalah harta yang amat bernilai,walau abah tak mampu nak beri duit untuk along study.tapi kata2 abah 2 harta along sampai ke akhir hayat.yang lebih bernilai dari harta yang abah tak mampu beri 2.terima kasih abah sayang abah...
dan untuk penutup entry kali ini....sedikit coretan rasa
bila kau merasa sedih...
ingatlah allah sentiasa berada bersamamu
pandanglah ke bahu kanan mu
hadirkan  wajah tersenyum mereka yang kau sayang....
pandanglah ke bahu kirimu...
lihatlah di situ terdapat amanah dan harapan yang tergalas
pandanglah ke belakangmu...
kerna disitu ada mereka yang menyokong dirimu...
dan pandanglah kehadapan
kerana di situ ada matlamat yang perlu kau gapai...


Tuesday, May 24, 2011

ya rasullulah....

Ya Rasulullah…..
Engkaulah Pemberi Syafaat
Pada Setiap Umat Di Seluruh alam
Kerana Engkaulah Pemimpin kami
Tak ada yang dapat menggantikannya
Engkau utusan Allah
Ya Rasulullah…..
Tangan kecil yang berlumuran dosa ini
menadah,mengharap bimbinganmu
Disetiap desah nafasku
Ya Rasulullah…..
Tubuh kecil,lemah tak berdaya ini
Sungguh sentiasa menzalimi diri Selalu
Tiada erti diriku tanpa engkau ya Rasulullah….
Tolonglah umatmu yang buta ini
Tolonglah umatmu yang lumpuh ini
Kerana kezaliman kami
Kerana dosa yang selalu kami perbuat
Jangan ya Rasulullah….
Jangan hindari kami
Karena engkaulah pemimpin kami
Didunia dan Akhirat nanti

Thursday, May 19, 2011

ilmu dan cahaya

"Aliran ilmu umpama aliran air. Air sentiasa mengalir dari tempat yang tinggi, ke tempat yang rendah. Lebih rendah sesuatu tempat itu, maka semakin banyaklah air yang bertakung di situ. Justeru, lembah dan lurah seringkali bertukar menjadi tasik, sungai dan ngarai. Maka begitu juga ilmu, perlu 'ditakung' dengan hati yang merendah diri. Semakin tawadduk dan rendah diri seseorang itu, semakin banyak ilmu yang bakal dimiliki dan diwarisinya.."





Ambillah apa yang baik buatmu, sebagai CAHAYA dalam kehidupan ini.. bila adanya gelap, barulah terserlah gemerlapan cahaya itu.. barulah tersedar 'kehadiran' cahaya itu.. Maka, lihatlah dari kaca mata kehidupan yang sebenar.. bukan dari kaca mata yang sering tertipu..=)

HIKMAH DARI SEGENGGAM GARAM

ASSALAMUALAIKUM....

ada apa pada segenggam garam...mungkin bila disebut garam kita akan terbayangkan rasanya yang pasti masin...


pada entry kali ini diri ini ingin berkongsi sedikit sebuah cerita,apa yg kita dapat pelajari dari segenggam garam.


bermulalah alkisah.....

Suatu pagi, seorang anak muda yang dirundung malang bertemu seorang tua yang bijaksana. Langkah anak muda itu longlai dan air mukanya kelihatan pucat tidak bermaya serta seperti orang yang tidak bahagia. Tanpa membuang masa, anak muda itu menceritakan semua masalahnya. Impiannya tidak tercapai dan gagal dalam kehidupan dan percintaan sambil Pak Tua yang bijak itu mendengarnya dengan teliti dan saksama. Dia ke


mudian mengambil segenggam garam dan meminta anak muda itu mengambil segelas air.

Dia menabur garam itu ke dalam gelas sebelum mengacaunya dengan sudu. "Cuba, minum ini dan katakan bagaimana rasanya...", ujar Pak Tua itu. "Masin sampai pahit, pahit sekali," jawab anak muda itu sambil meludah ke sisinya sedangkan Pak Tua itu tersenyum melihat telatah tamunya.

Kemudian, dia mengajak tetamunya itu untuk berjalan ke tepi telaga di dalam hutan berhampiran tempat tinggalnya. Mereka berjalan beriringan dan akhirnya sampai ke tepi perigi yang tenang itu. Pak Tua itu menabur segenggam garam ke perigi itu dan menggunakan sepotong kayu untuk mengacau dan mencipta riak air yang mengusik ketenangan telaga itu.

"Cuba ambil air dari telaga ini, dan minumlah". Sebaik anak muda itu selesai meneguk air, Pak Tua berkata: "Bagaimana rasanya?" "Segar." sahut tamunya. "Apakah kamu rasa masin garam di dalam air itu?", tanya Pak Tua lagi. "Tidak," jawab si anak muda. Pak Tua menepuk punggung anak itu lalu mengajaknya duduk berhadapan, bersimpuh di tepi telaga itu.

"Anak muda, dengarlah. Pahitnya kehidupan adalah umpama segenggam garam, tak lebih dan tak kurang. Jumlah dan rasa pahit itu sama dan memang akan tetap sama. Tapi, kepahitan yang kita rasakan sangat tergantung dari wadah atau tempat yang kita miliki. Kepahitan itu akan diasaskan daripada perasaan tempat kita meletakkan segalanya. Itu semua akan tergantung pada hati kita.

"Jadi, saat kamu rasakan kepahitan dan kegagalan dalam hidup, hanya ada satu hal yang boleh kamu lakukan. Lapangkanlah dadamu menerima semuanya. Luaskanlah hatimu untuk menampung setiap kepahitan itu. Luaskan wadah pergaulanmu supaya kamu mempunyai persekitaran hidup yang luas. Kamu akan banyak belajar daripadanya," katanya.

Pak Tua itu terus memberikan nasihat dengan berkata: "Hatimu adalah wadah itu. Perasaanmu adalah tempat itu. Kalbumu tempat kamu menampung segalanya. Jadi, jangan jadikan hatimu itu seperti gelas, buatlah laksana telaga yang mampu merendam setiap kepahitan dan merubahnya menjadi kesegaran dan kebahagiaan."

Lalu, kedua-duanya pulang. Mereka sama-sama belajar pada hari itu. Pak Tua, si orang bijak itu, kembali menyimpan 'segenggam garam' untuk anak muda yang lain, yang sering datang padanya membawa keresahan jiwa. 

Monday, May 16, 2011

BINGKISAN HATI DARI ADAM BUATMU HABIBATI

Dengan nama Allah... sebaik-baik Pemberi Ganjaran.
Namamukah yang tertulis di luh mahfuz sana?
Engkaukah yang bakal menemaniku jalan menuju syurga?
Dirimukah yang akan melengkapkan separuh dari agamaku?
Aduhai gadisku.
Adakah kau yang tercipta untukku?
Jawab pertanyaanku ini.
Jawab!
Kau takkan pernah dapat memberi jawapan,
Kerna jawapannya bukan di tanganmu,
Tetapi di tangan-Nya.
Di tangan Tuhan kita; Allah,
Tuhanku dan Tuhanmu.
Gelisahku memikirkan dirimu,
Dan ketakutanku memikirkan Tuhanku,
Aduhai gadisku,
Maafkan aku,
Ketakutanku pada Tuhanku melebihi kegelisahanku memikirkanmu.
Akan ku Jemput dirimu pabila waktunya tiba,
Sebelum sampai saat itu, biarkan aku sendiri bersama Si Dia,
Akan kucipta cinta bersama Dia,
Sebelum kucipta cinta antara kita.
Jadilah dirimu bunga yang mekar,
Dan doakan aku agar menjadi  kumbang yang hebat ,
Untuk itu, Aku tinggalkan dirimu pada-Nya
Sesungguhnya aku bertawakkal kepada Allah Tuhanku dan Tuhanmu,
Tidak ada suatu binatang melata melainkan Dia-lah yang memegang ubun-ubunnya,
Sesungguhnya Tuhanku di atas jalan yang lurus.
Usah bersedih atas perpisahan sementara ini,
Jika benar aku tercipta untukmu,
Tiada apa yang dapat menghalangnya,
Sebelum saat itu tiba,
Berdoalah pada Allah moga diberi kekuatan,
Mohonlah padanya dengan penuh mengharap.

Wednesday, May 11, 2011

Tinta hati....kembara mencari cahaya: gerimis di awal subuh

Tinta hati....kembara mencari cahaya: gerimis di awal subuh: "Subuh yang dingin ditemani gerimis yang masih renyai, namun angin melepasi jendela meyapa diri ini seakan-akan menunjukkan tanda-tanda ia m..."

gerimis di awal subuh

Subuh yang dingin ditemani gerimis yang masih renyai, namun angin melepasi jendela meyapa diri ini seakan-akan  menunjukkan tanda-tanda ia masih belum mahu berhenti.
Golongan insan yang pertama akan menganggap gerimis ini adalah musibah yang menjadikan gerak hidup untuk mencari rezeki adalah sukar, hatta sukar juga bagi mereka melakukan aktiviti harian yang kadang kala menjadikan mereka lupa kepada Maha Pencipta.
Namun golongan insan yang kedua pula menganggap ia suatu rahmat, rahmat yang menyejukkan rekah-rekah bumi, rahmat yang mengisi kegembiraan bagi setiap tumbuhan dan binatang yang sudah lama mendambakan gerimis bagi memenuhi kitaran hidup mereka.
Bagaimanakah dengan diri ku? Hati kecil ini dahulunya pernah menjadi golongan yang pertama, hati yang menolak segala keindahan ciptaan Tuhan, hati yang sentiasa menyalahkan tiap kejadian Penciptanya...
Alhamdulillah terima kasih ya allah kerna memberikan aku kesempatan dan peluang untuk memperbaiki diri.dulu aku merungut apabila tibanya waktu subuh kerna dikejutkan dan bangkit dari nikmat tidur yang engkau kurniakan.ah.....alangkah tidak bersyukurnya aku ketika itu,walau ketika itu belum ku mengerti kewajipan untuk mentaati dan menegakkan tiang agama itu,tapi aku tetap merasa malu di atas kurangnya kefahaman ku ketika itu.ampunkan aku ya allah.....

di kala dingin subuh ini,ku terkenang kembali akan waktu kecilku sewaktu berumur 5 dan 6 tahun.....di waktu ini nenek  akan menyediakan air panas untuk dicampurkan ngan air telaga  buat cucu kesayangannya nie,agar aku x kesejukan bila mandi air perigi ,rindunya waktu itu.x mampu untukku balas kasih yang kau curahkan buatku .tersenyum sendirian pulak kat  jendela nie mcm orang ngah angau.hehe..
mungkin pembaca tertanya-tanya mana ummiku yang tercinta pada kala subuh ini,klu nak tahu waktu nie ummi tengah sibuk mengoreng kuih yang akan dijual di kantin sekolah dan selalunya aku akan duduk kat tepi dapur  2 sambil tengok ummi siapkan kerjanya 2.maaf ummi.... bukan along x nak tolong tapi ummi yang x benarkan.ummi selalu kata “nanti kotor pulak baju sekolah 2”,... ya allah kurniakanlah kesempatan buatku untuk membalas pengorbanan dan kasih syang mereka yang banyak menabur jasa dan budi buat diri ini...
ah....jauhnya aku mengelamun,x sedar waktu yang berlalu kita jumpa lagi 6t.Terima kasih kerna sudi menjenguk  blog yg x seberapa nie.....hehe,nak sambung baca buku pulak,nak habiskan bacaan yang dah tertangguh sepanjang 3 minggu exam nie....
assalamualaikum...mohon mengundur diri dlu...