Saturday, May 28, 2011

untaian emosi bernama kesedihan

Dengan nama allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani,
Sebuah coretan  diri untuk di kongsi moga ada manfaat buat mereka yang membaca.....
Untuk entri kali ini diri ini ingin berkongsi mengenai salah satu perasaan yang terdapat dalam hati manusia iaitu perasaan sedih. Bercerita mengenai perasaan sedih, pasti setiap orang mengalaminya.kerna perasaan itu juga salah satu nikmat yang dikurniakan allah kerana dengan perasaan ini kita akan mengerti nilai kegembiraan dan begitu juga sebaliknya.....saling melengkapi.
Bagi manusia normal, perasaan sedih mudah menyebabkan emosi menjadi sayu. Sekiranya ia tidak mampu dikawal, akan gugurlah titisan airmata yang membasahi pipi....
Nak tahu kenapa sebab diri ini ingin berkongsi dan bercakap pasal perasaan nie???nak tau x?herm....apa?x nak tau.... tak mengapa kalau tak nak tahu tapi still diri ini ingin beritahu jugak...hehe.jangan marah yer kawan-kawan.sebabnya adalah satu hari ngah chatting ngan sorang kawan,pastu tiba2 dia Tanya
Kawan: fakhrol tak pernah sedih ker?selalu hepi jer nampak....
So diri ini pown jawablah....ala-ala pakar motivasi punya jawapan gitu....hehe x derlah gurau jer...
Jadi diri ini pown beritahulah pada kawan yang Tanya 2,x ingat sangat jawapannya tapi lebih kuranglah..bukan diri ini tak pernah sedih,selalu lah jugak sedih tapi diri ini tak nak orang yg diri ini sayang merasa sedih.so walau hati sedang sedih dir ini tidak tunjukkan biarlah kesedihan diri ini simpan dan pada wajah kita lakarkan senyuman yang paling manis...
senyum ketika kesedihan melmbangkan keteguhan hati dalam menghadapi ujian.
 jangan pernah kau meremehkan nilai sebuah senyuman.
 bukan diri ini tak nak kongsi dengan orang yang diri ini sayang...tapi kerana kegembiraan dan senyuman merekalah sumber kekuatan buat diri ini untuk terus tersenyum.dan segala kesedihan 2 diri ini luahkan pada yang maha mendengar.tapi kadang2x diri ini kongsi ngan sorang roommate nie bila dah x tahan sangat...terima kasih roommate kerana sudi mendengar kesdihan diri... kesian roommate.haha...
 Sebagai tambahan apa yang diri ini selalu lakukan adalah dengan ingat balik apa yang abah bg tahu masa umur diri ini 5 tahun,masa 2 duduk ngan abah kat tepi bendang...
Abah: along, along anak sulung...along belajar sungguh-sungguh.jadi contoh pada adik2 .along fikir sendiri along nak jadi apa....Cuma abah x nak along jadi macam abah dengan umi.
Mungkin simple pada pembaca tapi  bagi diri  ia adalah harta yang amat bernilai,walau abah tak mampu nak beri duit untuk along study.tapi kata2 abah 2 harta along sampai ke akhir hayat.yang lebih bernilai dari harta yang abah tak mampu beri 2.terima kasih abah sayang abah...
dan untuk penutup entry kali ini....sedikit coretan rasa
bila kau merasa sedih...
ingatlah allah sentiasa berada bersamamu
pandanglah ke bahu kanan mu
hadirkan  wajah tersenyum mereka yang kau sayang....
pandanglah ke bahu kirimu...
lihatlah di situ terdapat amanah dan harapan yang tergalas
pandanglah ke belakangmu...
kerna disitu ada mereka yang menyokong dirimu...
dan pandanglah kehadapan
kerana di situ ada matlamat yang perlu kau gapai...


No comments:

Post a Comment