Assalamualaikum
dan salam kasih buat teman2x kesayanganku dan mereka yang sudi meluangkan masa
membaca entri ini.
Alhamdulillah.
Syukur ke hadrat Ilahi kerana masih memberi ruang pada diri ini untuk
meneruskan sisa-sisa hidup dalam mencari cahaya-Nya dan Jannah yang menjadi
idaman setiap Muslim. Dia sering membantu diri ini berkelana di bumi yang tidak
panjang lagi usianya. Syukur Alhamdulillah.
Coretan
kali ini lebih kepada peringatan kepada diri ini yang sering terlupa.
Saya
baru sahaja usai membaca sebuah artikel yang bagi saya agak menusuk kalbu.
Artikel ini ditulis oleh penulis kegemaran saya iaitu saudara Hilal Asyraf di
dalam buku motivasi terbarunya ‘Langit Ilahi 3: Fanzuru’. Artikel ini
bertajuk Benarkah Kita Sayang Ibu Bapa?. Dan jugak artikel gen-Q ‘hadiah untuk ibu bapa’....
Tersentap
juga saya setelah membaca artikel ini dan Hati ku mula tertanya-tanya benarkah
aku sayang pada ayah dan ibu? Atau ianya sekadar ucapan di mulut tanpa
perasaan?
Mengapa
saya kata begini? Kenapa ya?
Jika
soalan sebegini diajukan kepada diri kita, apa yang akan kita jawab?
“Awak
sayang ayah dan ibu awak?”
Selalunya
jawapan kita berbunyi lebih kurang begini,
“Mestilah
saya sayang pada mereka. Mana ada anak tak sayangkan ayah dan ibu.”
Jawapan
yang klise.
Bila
ditanya mengenai perasaan kita terhadap ibu dan ayah kita, tanpa rasa ragu-ragu
kita akan menyatakan betapa sayangnya kita kepada mereka. Persoalanannya,
sedalam mana kita mencintai ibu dan ayah kita?
Sedar
atau tidak, kita sebenarnya sudah jauh dengan mereka. Kadangkala kita melupakan
mereka. Tidak kisah jika berbulan-bulan kita tidak menghubungi mereka. Bila
bersama kawan-kawan, bayangan ibu dan ayah tidak lagi wujud di dalam pemikiran
kita. Jadi, perkataan ‘sayang’ yang kita ungkapkan tadi hanya sekadar kata-kata
manis di bibir kita.
Sejujurnya, aku sendiri mengalami situasi di atas. Memanglah diriku sayangkan mereka. Namun,
kasih-sayang saya itu gagal saya zahirkan. Teringat saya pada zaman saya
belajar di SESTER(SM. Sains Kuala terengganu) dan Kolej Mara Kulim. Saya berada
jauh dari pandangan mereka. Betapa teruknya saya ketika itu. Begitu jarang
sekali saya menghubungi mereka untuk bertanyakan khabar. Saya hanya menelefon
mereka sekadar untuk memesan barang-barang yang saya inginkan. Kejam betul saya
kepada mereka. Semoga Allah S.W.T mengampuni segala perbuatan diri terhadap umie dan abah.
Bukanlah
saya ingin mengatakan yang saya sudah berubah 100%. Mana ada manusia yang
sempurna di dunia ini kecuali para anbiyak. Namun, saya masih lagi berusaha
untuk berubah untuk menjadi anak yang lebih baik dan solehah kepada ibu dan
ayah saya. Saya ingin menjadi harta yang amat bernilai buat mereka. Sebagaimana
yang kita ketahui dari sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud,
"Apabila
seorang manusia mati , putuslah (tulisan pahala) amalan (setakat itu) (Kecuali
tiga perkara (yang akan berlanjutan tulisan pahalanya) iaitu sedekah jariah
atau ilmu memberi kepada yang faedah orang lain atau anak yang soleh
yang berdoa untuknya."
(Hadith Sahih - Riwayat Imam Ahmad)
Saudara
Hilal Asyraf juga ada berkongsikan sebuah kisahnya bersama sepupunya. Izinkan
saya berkongsi cerita ini bersama anda. Semoga hati kita akan terbuka dan
berusaha untuk menyenangkan ibu bapa kita.
Jawapan
sepupu kepada penulis apabila ditanyakan cita-citanya,
“Cita-cita aku ialah aku hendak dapatkan
kerja yang boleh buat aku upah maid untuk jaga ibu dan ayah aku, upah doktor
untuk sentiasa jaga kesihatan mereka dan aku mahu bina rumah yang selesa. Biar
ibu ayah aku boleh hidup di situ, habiskan masa tua mereka dengan bahagia
bersama keluarga.”
Wah.
Hebatnya insan ini. Cita-citanya ingin menyenangkan ibu bapanya. Kita pula? Ada
kita berfikir sepertinya? Adakah kita mempunyai cita-cita seperti sepupu
penulis ini? Jika anda lontarkan soalan ini kepada saya, saya sendiri tidak
terfikir untuk memberi jawapan macam ini.
Ada
seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah S.A.W, “Adakah aku patut ikut
berjihad?” Rasulullah S.A.W bertanya, “Apakah ibu bapamu masih hidup?” Orang
itu menjawab, “Ya.” Rasululah S.A.W berkata, “Lakukanlah jihad untuk keuntungan
mereka.”
(Riwayat Al-Bukhari)
Jadi,
ayuhlah kita memperbetulkan cita-cita kita demi kasih dan sayang kita terhadap
ibu bapa kita. Sesungguhnya ibu bapa itu tidak mungkin dapat kita ganti walau
dengan emas setinggi gunung. Bertindaklah sementara mereka masih ada di sisi
kita.
Lihatlah bagaimana Allah memuliakan ibu bapa.
“Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua
ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi
kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh
menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian)
bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah
jua tempat kembali (untuk menerima balasan). Dan jika mereka berdua mendesakmu
supaya engkau mempersekutukan denganKu sesuatu yang engkau – dengan fikiran
sihatmu – tidak mengetahui sungguh adanya maka janganlah engkau taat kepada
mereka; dan bergaulah dengan mereka di dunia dengan cara yang baik. Dan
turutlah jalan orang-orang yang rujuk kembali kepadaKu (dengan tauhid dan
amal-amal yang soleh). Kemudian kepada Akulah tempat kembali kamu semuanya,
maka Aku akan menerangkan kepada kamu segala yang kamu telah kerjakan.”
(Surah Luqman ayat
14-15.)
Redha ayah dan ibu lah saya perlukan
dalam hidup ini.
Teringat
saya kepada kata-kata saudara penulis,
“Antara
sebab penulisan saya diterima ramai adalah kerana ibu bapa saya redha dengan
apa yang saya buat sekarang. Bahkan saya kira, apa yang saya capai hari ini
bukanlah kerana penat jerih yang telah saya usahakan. Tetapi semuanya kerana
doa yang telah ibu bapa saya panjatkan. Redha ibu bapa menjemput redha
Allah S.W.T.”
Langit Ilahi 3: Fanzuru (m/s 184)
Benar
juga kata-kata saudara Hilal Asyraf. Jika ibu bapa redha dengan apa yang kita
lakukan, semua perkara yang kita lakukan pasti akan menjadi dan mendapat
keberkatan. Insha Allah. Tidak perlulah kita menunggu tibanya Hari Ibu atau
Hari Bapa barulah kita hendak menzahirkan perasaan kita terhadap mereka.
Setiap
hari adalah Hari Ibu dan Hari Bapa. Jangan pernah lupa doakan ibu dan bapa
kita. Semoga mereka di tempatkan di syurga dan di kalangan orang yang beriman.
Ayah! Ibu! Kaulah MATAHARIKU!
Sumber cahaya dan kekuatanku,
Ya allah berikan ku kesempatan buatku
menumpahkan segala baktiku kepada mereka,
ya allah berikan ku kekuatan untukku
mentaati mereka.....
ya allah jauhkan diriku dari menyakiti mereka...
then i know,,we are juz not only remember them with our prayer but also always contact them so dat they know =)
ReplyDeletebetul 2,cuba try bila kita dah lama x contact,then bila contact, ucapkan kata2x nie dekat ibu...saya syang ibu.dengarkan nada suara ibu ada getaran gembira pada suaranya..dan kita sendiri akan merasa sendu dalam diri kerana kegembiraan.saya telah mengalaminya
DeleteAssalamualaikum... maaf, sekadar nak maklumkan, saya ada letak blog cik/Tuan di bloglist saya www.hatiemas57.blogspot.com .Saya mencari blog yang ada title hati, dan isinya yg ada manfaat. Saya mohon izin untuk share isi blog pada bila-bila masa nanti, tp saya akan linkkan posting tu ke blog cik/tuan... Moga diizinkan...
ReplyDeletealhamdulillah,silakanlah...diri ini amat berbesar hati untuk berkongsi.moga ia menjadi satu ingatan dan menjadi kebahagiaan bersama
Delete