ASSALAMUALAIKUM........
dah lama diri ini menyepi dari ruangan ini........dua bulan rasanya...kerna kekurangan dan kelemahan diri dalam mengatur dan mengunakan masa sebaiknya.Alhamdulillah akhirnya di celah kesempitan masa masih diberi secebis ruangan waktu untuk menukil rasa.
"Aku tak boleh, aku tak kuat."
"Ramai lagi yang lebih layak daripada aku."
"Aku tak dapat nak galas amanah ni, susah sangat, berat sangat."
Aku melalui dan merasakannya, bahkan lebih daripada itu.baru-baru ini diri ini dilantik untuk menerajui salah satu amanah pada satu masa yang telah Allah S.W.T tentukan, dan diri ini pasrah . Aku tunduk pada ketentuan-Nya. Aku taat pada perintah-Nya. Aku sujud memohon kekuatan-Nya. Aku memanjatkan doaku pada-Nya agar hati ini menjadi lebih kuat dan tabah,agar hati yang mendambakan redha dan cintamu ini tidak akan terpesong dan merasa bangga dengan pangkat dan jawatan yang engkau anugerahkan.kerna aku amat mengidamkan untuk bersama para kekasihmu...
Firman Allah S.W.T :
وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ إِنَّ الَّذِينَ يَسْتَكْبِرُونَ عَنْ عِبَادَتِي سَيَدْخُلُونَ جَهَنَّمَ دَاخِرِينَ
Maksudnya: "Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Ku-perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri daripada menyembah-Ku akan masuk neraka jahanam dalam keadaan hina."
[Al-Mu'minun : 60]
redhalah wahai hati dalam melaksana amanah ini kerana dirimu tidak tahu apa yang terbaik bagimu melainkan Dia,mungkin pada penilaian mu tidak elok tapi dari ketentuan penciptamu ia tebaik buatmu.kerna kamu Pencipta diri ini dan yang Maha Tahu kekuatan dan kelemahan hambamu ini.Aku berusaha menerima dan memujuk hati ini bahawa akulah yang dipilih untuk memegang amanah sebesar itu. Akulah juga yang terpilih dari kalangan hamba-hambaNya yang ada disekelilingku, sungguh aku tak pinta untuk ianya berlaku bahkan aku bimbang untuk memegang amanah sebesar ini. Hanya Allah S.W.T sahaja yang mengetahui perkara yang terbuku dihati kecilku.
Firman Allah S.W.T :
إِنْ تَكْفُرُوا فَإِنَّ اللَّهَ غَنِيٌّ عَنْكُمْ وَلا يَرْضَى لِعِبَادِهِ الْكُفْرَ وَإِنْ تَشْكُرُوا يَرْضَهُ لَكُمْ وَلا تَزِرُ وَازِرَةٌ وِزْرَ أُخْرَى ثُمَّ إِلَى رَبِّكُمْ مَرْجِعُكُمْ فَيُنَبِّئُكُمْ بِمَا كُنْتُمْ تَعْمَلُونَ إِنَّهُ عَلِيمٌ بِذَاتِ الصُّدُورِ
Maksudnya : "...Sesungguhnya Allah S.W.T mengetahui akan segala (isi hati) yang terkandung di dalam dada."
[Az-Zumar : 7]
Tatkala aku menerima ketentuan, terlintas sebening pertanyaan tentang kemampuan diri. Dapatkah aku menggalas beban ini, benarkah aku layak. Aku tahu, aku menerima amanah ini bukan kerana layaknya aku tetapi atas rahmat dan kasih sayang-Nya pada aku yang hina dan penuh dosa.
Terima kasih Ya Allah atas anugerah ini, moga dengan adanya amanah ini maka bertambahlah amal diri kepada-Mu. Sungguh aku tidak sedar, sekalipun aku tidak diberi untuk memegang amanah ini, aku telahpun diberi amanah sebagai seorang muslim dan juga sebagai seorang anak. Sepatutnya aku bersyukur, Dia memberi aku pentas untuk aku jalankan amanah ini.Kadang-kadang aku melakukan khilaf namun tidak sedar tentang itu. Sebenarnya, dalam aku berusaha, aku juga berputus asa. Namun ku tahu bukan itu adab seorang hamba pada pemilik-Nya. Ampunkanlah aku ya rabb.....
Jika difikirkan amanah ini, aku tidak dapat hendak menanggungnya, hanya Dia sahaja yang mengetahui apa yang aku rasai. Telah kekeringan air mata dan telah lesu kepenatan aku berfikir untuk aku terus kuat dan gagah sebagaimana pahlawan-pahlawan silam yang telah terbukti keimanannya juga kejayaannya. Dengan itu, aku berusaha bangkit dan berjuang.Aku mohon petunjuk dan rahmat daripada-Nya agar aku berjaya memikul amanah ini. akan ku jalani dan lakukan sebaik mana yang aku mampu dan akan aku cuba kembali kepada fitrah asal kejadianku yang menginginkan kejayaan daripada Dia yang satu.
sedikit perkongsian kerna sedikit asas entry kali ini berdasarkan artikel i luv islam
sedikit perkongsian kerna sedikit asas entry kali ini berdasarkan artikel i luv islam
kuatkan semangat n amik peluang ni tuk blja... yg pntng, jgn hubungn anda dgn Pencipta n manusia, insyaAllah semuanya akn ok... jd la seorg pemimpin yg aty nye sentiasa terbuka tuk menerima segala teguran... amik yg jernih, buang yg keruh... bila anda brada d ats, byk perkara yg anda akn blja... pe2 pon, dlm mmbuat sebrg kptusn, mntk la ptunjuk drp-NYA... jtuh bgn nye seseorg, bkn la krn org d sekelilingnya, tp krn Pencipta kite... (kun fa ya kun)... n jga la aty anda sebaik yg mungkin... aty yg bersih, insyaAllah anggota bdn yg lain akn trut melakukan kebaekkan,..kotornya aty seseorg, anggota bdn yg lain trut mengikut printah tuk melakukan kejhtn...
ReplyDeletegudluck 4 fnl ^_^
kuatkan semangat n amik peluang ni tuk blja... yg pntng, jgn hubungn anda dgn Pencipta n manusia, insyaAllah semuanya akn ok... jd la seorg pemimpin yg aty nye sentiasa terbuka tuk menerima segala teguran... amik yg jernih, buang yg keruh... bila anda brada d ats, byk perkara yg anda akn blja... pe2 pon, dlm mmbuat sebrg kptusn, mntk la ptunjuk drp-NYA... jtuh bgn nye seseorg, bkn la krn org d sekelilingnya, tp krn Pencipta kite... (kun fa ya kun)... n jga la aty anda sebaik yg mungkin... aty yg bersih, insyaAllah anggota bdn yg lain akn trut melakukan kebaekkan,..kotornya aty seseorg, anggota bdn yg lain trut mengikut printah tuk melakukan kejhtn...
ReplyDeletegudluck 4 fnl ^_^