Wednesday, December 29, 2010

rentetan pengembaraan

Alhamdulillah.....

akhirnya aku sampai jua kembali di bumi malaysia setelah berada di kemboja selama 2 minggu,walau sekejap sahaja aku di sana namun banyak pengajaran dan iktibar yang aku perolehi.di sana amat sedikit sekali mereka yang beragama islam,jadi untuk mendengar azan pun amat payah di sinilah salah satu hikmah yang tersembunyi buat diri ini,apabila azan di kumandangkan hati ini merasa syahdu kerana perasaan rindu untuk mendengar kalimah agung itu dan ia membuatkan hati ini lebih menghargai dan mengerti alunan suci.dan apa yang selama ini di pelajari secara teori dapat di praktikkan terutama dari segi ibadat dan makanan.tapi ada yang membuatkan aku sedih melihat betapa daifnya masyarakat islam di sana tetapi bangga melihat dalam kesempitan dan kesusahan yang dihadapi mereka mampu untuk menegakkan agama islam yang tercinta.dan satu lagi kelebihan d adalah betapa meriahnya masjid mereka jika di bandingkan dengan kebanyakan masjid di malaysia yang kelihatan lesu,masjid mereka bukan sahaja menjadi medan untuk beribadat untuk penganut agama islam tapi juga tempat beriadah untuk semua tanpa mengira anutan.banyak lagi ingin ku kongsikan......
tapi biarkan ia menjadi rahsia,kerna yang mendengar tidak akan sama dengan yang mengalami,jadi ku biarkan yang selebihnya untuk di alami sendiri.

Sebuah perjalanan

Sebuah perjalanan dan kehadiran
aku dibekali dengan fitrah
mengilik nafsu dan keinginan
mencoret corak warna-warna kehidupan
cuba membina benting-benting godaan
kekadang tembus dek pujukan syaitan

Hati dan jiwa berbalut kekotoran
kugilap dengan taqwa
mendamba diri pada Maha Kuasa
lempar segala kebodohan
jauhi segala nista
agar beroleh aqidah yang kukuh
agar beroleh iman yang teguh
mencari ruang masa
mencantum amalan dan ibadah
dalam tafakkur dan doa
semoga mendapat hidayah

InsyaAllah....

1 comment: