Wednesday, May 4, 2011

AKU JATUH CINTA...

Assalamualaikum......., menelusuri persoalan cinta, amat susah menyatakan siapa cinta kepada siapa, siapakah yg kita cintai kekal menemani disisi…tidak curang, sentiasa setia hingga ke akhirnya…(huii, susah betullah nk jumpa..) Akibat cinta, mata buleh jd buta, hati jd sensitip (merajuk, cemburu, dll), tidur xlena..mandi xbasah..makan xkenyang…dan lain2 lagik..tapi, pernahkah kita terfikir utk mencari sape yg betul2 kita patut cintai dan yg pasti, si dia mestilah akan sentiasa menemani kita sampai ke syurga ;)

sya kongsikan sedikit pembacaan dari blog teman blogger yg lain..


JOM kita baca kesah cinta ini!!..sangat menarikk :)

Suatu ketika, ada seorang pedagang kaya yang mempunyai empat orang isteri. Dia mencintai isteri yang keempat dan memberikan harta dan kesenangan yang banyak. Sebab, isteri keempat adalah yang tercantik di antara kesemua isterinya. Maka, tidak hairan lelaki ini sering memberikan yang terbaik untuk isteri keempatnya itu.

Pedagang itu juga mencintai isterinya yang ketiga. Dia sangat bangga dengan isterinya ini, dan sering berusaha untuk memperkenalkan isteri ketiganya ini kepada semua temannya. Namun dia juga selalu bimbang kalau-kalau isterinya ini akan lari dengan lelaki yang lain.

Begitu juga dengan isterinya yang kedua. Dia juga sangat menyukainya. Dia adalah seorang isteri yang sabar dan penuh pengertian. Bila-bila masa pun apabila pedagang ini mendapat masalah, dia selalu meminta pandangan isterinya yang kedua ini. dialah tempat bergantung. Dia selalu menolong dan mendapingi suaminya melalui masa-masa yang sulit.

Sama halnya dengan isterinya yang pertama. Dia adalah pasangan yang sangat setia. Dia sering membawa kebaikan bagi kehidupan keluarga ini. dialah yang merawat dan mengatur semua kekayaan dan usaha si suami. Akan tetapi si pedangang tidak begitu mencintainya. Walaupun isteri pertamanya ini begitu sayang kepadanya namun, pedagang ini tidak begitu memperdulikannya.

Suatu ketika, si pedagang sakit. Kemudian dia menyedari mungkin masa untuknya hidup tinggal tidak lama lagi. Dia mula merenungi semua kehidupan indahnya, dan berkata dalam hati, ?Saat ini, aku punya empat orang isteri. Namun, apabila aku meninggal, aku akan sendiri. Betapa menyedihkan jika aku harus hidup sendiri.?

Lalu dia meminta semua isterinya datang dan kemudian mulai bertanya pada isteri keempatnya, Kaulah yang paling kucintai, kuberikan kau gaun dan perhiasan yang indah. Nah sekarang, aku akan mati, mahukan kau mendapingiku dan menemaniku?? Isteri keempatnya terdiam. ?Tentu saja tidak!? jawab isterinya yang keempat, dan pergi begitu sahaj tanpa berkata-kata lagi. Jawapan itu sangat menyakitkan hati seakan-akan ada pisau yang terhunus dan menghiris-hiris hatinya.

Pedagang yang sedih itu lalu bertanya kepada isteri ketiganya, ?Aku pun mencintaimu sepenuh hati, dan saat ini, hidupku akan berakhir. Mahukah kau ikut denganku, dan menemani akhir hayatku??. Isteri ketiganya menjawab, ?Hidup begitu indah di sini. Aku akan menikah lagi jika kau mati?. Pedagang begitu terpukul dengan jawapan isteri ketiganya itu.

Lalu, dia bertanya kepada isteri keduanya, ?Aku selalu berpaling padamu setiap kali mendapat masalah. Dan kau selalu mahu membantuku. Kini, aku perlu sekali pertolonganmu. Kalau aku mati, mahukah kau ikut dan mendampingiku?? Si isteri kedua menjawab perlahan, ?Maafkan aku?aku tak mampu menolongmu kali ini. Aku hanya boleh menghantarmu keliang kubur saj. Nanti, akan kubuatkan makam yang indah buatmu.?

Jawapan itu seperti kilat yang menyambar. Si pedagang kini berasa putus asa. Tiba-tiba terdengar satu suara, ?Aku akan tinggal denganmu. Aku akan ikut ke manapun kau pergi. Aku, tak akan meninggalkanmu, aku akan setia bersamamu.? Si pedagang lalu menoleh ke arah suara itu dan mendapati isteri pertamanya yang berkata begitu. Isteri pertamanya tampak begitu kurus. Badannya seperti orang yang kelaparan. Berasa menyesal, si pedagang lalu berguman, ?Kalau saja aku mampu melayanmu lebih baik pada saat aku mampu, tak akan kubiarkan kau seperti ini isteriku.?

MORAL OF THE STORY…

Teman, sesungguhnya kita punya empat orang isteri dalam hidup ini;

ISTERI KEEMPAT adalah tubuh kita. Seberapa banyak waktu dan belanja yang kita keluarkan untuk tubuh kita supaya tampak indah dan gagah, semuanya akan hilang. Ia akan pergi segera apabila kita meninggal. Tak ada keindahan dan kegagahan yang tersisa saat kita menghadapNYA.

ISTERI KETIGA adalah status sosial dan kekayaan kita. Saat kita meninggal, semuanya akan pergi kepada yang lain. Mereka akan berpindah dan melupakan kita yang pernah memilikinya.

ISTERI KEDUA pula adalah kerabat dan teman-teman. Seberapa pun dekat hubungan kita dengan mereka, mereka tak akan mampu bersama kita selamanya. Hanya sampai kuburla mereka akan menemani kita.

DAN SESUNGGUHNYA ISTERI PERTAMA adalah jiwa dan amal kita. Mungkin kita sering mengabaikan dan melupakannya demi kekayaan dan kesenangan peribadi. Namun, sebenarnya, hanya jiwa dan amal kita sajalah yang mampu untuk terus setia dan mendampingi kemanapun kita melangkah. Hanya amal yang mampu menolong kita diakhirat kelak.

Jadi, selagi mampu, perlakukanlah jiwa dan amal kita dengan bijak. Jangan sampai kita menyesal kemudian hari!

——————————————————————-

hehe..camne??? yg mana anda suker? cepat pilih..nak yg cantik ke, kaya ke, yg pandai bergaya ke..

p/s: saya nk cinta Allah, ia kekal abadi.. :)hehe...insyaallah akan ku gapai cintamu ya rabb

Monday, May 2, 2011

aku dan kamu

kau!
ya..kau!
kenapa cepat betul kau  berputus asa? kenapa cepat betul mengalah sebelum mencuba??
ya! aku tidak pernah menafikan bahawa jodoh,ajal maut pertemuan rezeki dan segala-galanya itu d tangan Allah SWT..tidak! aku xpernah nafikan!


tp ingatkah kau..yang Allah ada berfirman dalam surah ar-Rad ayat 11 yg bermaksud

"..Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sebelum mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri.."

jelas dan nyata Allah menyuruh kita berusaha dan tidak hanya mengharap segala-galanya jatuh bergolek begitu sahaja..bunyinya mcm aku geram sgt kan dgn kau! ya..memang! sbb sepatutnya suma ni, kau lebih faham..lebih arif tentangnya..

dan Rasullullah SAW juga ada bersabda yang lebih kurang maksudnya..

"tiada yang boleh mengubah takdir kecuali doa"

nah! sdah terang2 Allah dan RasulNya menunjukkan jalan untuk kita..
kenapa mesti kau menjauh? kenapa mesti berhenti mengharap??

ketahuilah..Allah itu Maha Penyayang..Maha Mendengar keinginan hamba2 Nya...DIA tidak kejam dgn membiarkan kita terkontang-kanting sendirian..dengan membiarkan keinginan hati kita terabai bgtu sahaja..dan pastinya apa yg dia pilih untuk kita..adalah yg terbaik!! dan jika ingin lebih merasai nikmat itu..berusahalah..sama2 kita!!

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui" (Al-Baqarah:216)

perancangan Allah itu lebih baik..yakinlah!
namun Allah tidak pernah menghalang kita untuk berusaha dan berdoa..malah Allah lebih suka jika kita kembali padaNya..bergantung harap padaNya..

janganlah hidupmu itu begitu saja..hanya mengikut arus yg menghalir..hanya mengikut hembusan angin yg bertiup..berubah! jangan kau d hembus ke kiri..kau ke kiri..d hembus ke kanan..kau ke kanan! itu lalang namanya..baek jadi lalang kalau tidak punya matlamat dan usaha mengubah diri..kan!

pada kau..stop thingking like childish!
kerna aku sangat sayang kau..!
wahai diriku

HIKMAH DALAM NASIHAT (KEBIJAKSANAAN DALAM MENEGUR)


“Ahmad , aku tak puas hati dengan kau” seru Amir dengan wajah yang tidak menyenangkan.

“Erk…kenapa?” Ahmad terasa diri mempunyai seribu masalah, seribu kesalahan yang telah dibuat yang terasa tidak mungkin dimaafkan.

“ye la, kau ni suka simpan sampah. Buat kerja terkadang tak pernah nak habiskan. Pinggan suka bertangguh basuh. Lain kali, habiskan je la kerja-kerja tu. Bukan susah pun” Amir menyuarakan pandangannya, dengan wajah kecewa dengan sikap kawannya itu.
Ahmad pula, terasa seperti sebuah batu besar telah menimpanya, ia merasakan bahawa selama ini, dia sentiasa membuat kesalahan yang sama, tanpa mengambil kira perasaan orang yang terlibat.

“aduh sungguh aku ni kejam, penting diri sendiri..” rungut Ahmad dalam hati. Dia terus menghentikan bacaannya, terasa tawar buku yang sedang dibacanya itu.

——Cerita lain——-——Cerita lain——-——Cerita lain——-

“Ahmad, kamu free ke? ” lembut suara Amir bertanyakan situasi kawannya.

‘Hmm..boleh juga, tak buat apa-apa sangat ni, sekadar membaca sket-sket untuk kelas esok. Kenapa ye? Macam ada benda je ni? ‘ Ahmad menunjukkan minat terhadap soalan yang diutarakan kawannya itu. Pasti ada sesuatu yang ingin dibicarakan.

“Ala, takde apa sebenarnya. Sekadar nak berkongsi pendapat aku. Cuma nak bertanya kamu, selama kamu berkawan dengan aku, adakah kesalahan-kesalahan yang membuatkan di mata kamu rasa benda itu tidak baik?
 

” Jujur pertanyaan Amir pada kawannya itu.

“Erm..setakat ni, bagi aku takde rasanya. Biasa je. Apa yang kamu buat sekarang, rasanya teruskan sahaja. Kenapa tanya macam tu?…”

‘Takde, saja je nak tanya. Sebab kamu selalu dengan aku. Mungkin ada di mata kamu aku tersilap, tapi aku tidak sedar. Jadi, lebih elok aku bertanya. Mungkin boleh diperbaiki silap aku itu ‘ Amir jujur dengan jawapannya.

“ooo, macam tu. ermm, aku pulak macam mana?..ada ke yang kamu rasa macam aku buat silap yang tidak sedar, membuatkan kamu berkecil hati atau apa-apa sahaja?” Ahmad pula ingin mengetahui keadaannya dirinya dari kaca mata kawannya itu.

“Kamu baik. Rasanya cukup sempurna, tapi mungkin ada dua tiga benda yang kamu perlu baiki agar kesempurnaan itu tidak dicacati dengan benda-benda kecil ini.” Amir lembut menjawab.

“Apa ye dua tiga benda itu?” Ahmad merasa seperti berharga dirinya dipuji sedemikian, cuma bahagian akhir yang disebutkan Amir itu membuatkan dirinya ingin mengetahui apakah boleh dirinya diperbaiki lagi.

“Ala, simple je benda ni. Aku perhati, kamu bila sudah selesai masak, kamu sangat jarang membasuh terus pinggan yang kamu guna, pasti kamu akan biarkan dahulu di dalam bilik air itu. Walaupun aku tahu bukan sengaja kamu untuk biarkan lama-lama, tapi ada baiknya jika selepas sahaja kamu usai makan, kamu basuh semua sekali yang kamu guna. Jika kamu boleh perbaiki yang ini, aku sudah tiada komen untuk kamu. Kamu boleh dikatakan sempurna. ” Amir menghabiskan kata-katanya dengan senyuman.

Niat asalnya untuk menegur sikap Ahmad terasa sudah tercapai maksudnya. Ahmad pula dari reaksi wajahnya yang tersenyum, menggambarkan bahawa dia tidak berkecil hati dengan teguran rakannya itu. Dia rasa dihargai oleh Amir, penghargaan yang diberikan oleh Amir sebelum menasihatinya, membuatkan nasihat yang diberikan padanya cukup dekat di hatinya.

Di dalam hati, Ahmad berazam agar dirinya boleh memperbaiki sikapnya itu.

——————————————————————

Dua keadaan dalam menasihati seorang kawan. Yang mana menjadi pilihan anda?


Thursday, April 28, 2011

berbicara tentang cinta...

assalamualaikum.....salam buatmu bakal penghuni syurga,insyaallah.....kali nie kita kongsi pasal cinta plak yer....apa ada dalam entry kali nie????


herm...jom kita jenguk dan tinjau....bukan terjah tau....hehe




Cinta... satu pengalaman yang dikatakan cukup indah dan kehilangan cinta dikatakan cukup pedih. Bagi saya yang tidak pernah bercinta (tetapi amat percaya pada cinta), saya tidak boleh komen lebih-lebih mengenai perasaan bercinta atau putus cinta hehe....

Untuk entry kali nie istimewa sket...sebab diri ini cukup susah untuk bercerita tentang cinta insani....,tapi mungkin sebab tengok ramai kawan2x dah ada pasangan(insyaallah x lama lagi bleh rasa nasi minyak) dan mungkin juga sebab tengok kakak berseri2 muka x sabar menanti hari bahagia.moga kasih mu padanya membawa ke syurga abadi n di redhai allah adik doakan... tiba-tiba terexcited plak mcm  diri nie plak yang nak kahwin.hehe nak kata dah tak sabar nak kahwin  tak jugak,haha.herm...tiba-tiba rasa segan plak nak teruskan entry kali nie.x per2x teruskan wahai diri...moga ia membawa kegembiraan pada mereka yang berkongsi....

Ok mari kita teruskan...


Setiap dari kita inginkan yang terbaik tidak kiralah dia lelaki ataupun wanita.seorang lelaki inginkan seorang wanita yang terbaik bagi dirinya.seorang wanita yang bergelar isteri dan juga akan  menjadi ibu kepada anak2nya dan begitu jua dengan seorang wanita mengiginkan seorang lelaki yang terbaik bagi diri mereka yang akan menjaga dan melindunginnya dan yang akan menjadi bapa kepada permata hatinya.

cinta terbaik hadir apabila kita berubah menjadi terbaik dan apabila kita berubah menjadi diri kita yang terbaik, Tuhan akan buka laluan untuk cinta yang terbaik juga hadir insyaallah.....

Bagi diri ini bukan kesempurnaan yang dicari pada dia si hawa,kerana manusia tiada yang sempurna lebih-lebih lagi diri ini yang banyak kelemahannya.mungkin diri ini bukan yang terbaik tapi diri ini ingin menjadi yang terbaik.sedaya upaya diri ini ingin menjaga cinta insani itu dan hanya akan menyerahkan perasaan itu untuk mereka yang diri ini amat yakin yang dialah bakal peneman hidup dalam mengharungi kehidupan di dunia. jua menjadi penyeri dan peneman di syurga abadi.insyaallah.... seperti lirik lagu pesona cinta nyanyian kumpulan nasyid hijjaz”cinta suci bukan untuk dinodai,kasih sejati bukan untuk dikhianati”.....

Dan diri  ini ingin mengikuti jejak cinta sebagaimana cinta rasullullah S.A.W  kepada ummul mukminin siti khadijah dan juga seperti cinta sayidina ali kepada sayidatina Fatimah...di mana di sepanjang hidup mereka sebagai isteri tidak pernah diduakan.

Herm.....dah x der idea dah nak tulis apa lagi,rasanya setakat nie dlu.moga bertemu lagi di entry yang berikutnya,assalamualaikum......

 ku kongsikan sebuah puisi buat tatapan semua...

Cinta itu datang & hadir
belum tentu kau temui 
semasa kau tercari-cari

Cinta & sayang
yang berbeza hanya sebutan
membawa makna yang sama

Cinta memang suci
cuma ada kalanya ia dinodai
oleh tangan yang mengotori
dengan gejolak nafsu tak bertepi

Cinta tidak mampu hadir 
bersama benci
cinta tidak mampu pergi
melainkan kau mula rasa sakit hati

Cinta sejati tidak lesu dimamah masa
cinta sejati tidak rebah kala harta tiada

Cinta tanpa iman, cinta tak berpedoman
cinta bersama iman, cinta tuju bahagia
dan kemuliaan
( kata Hassan alBanna; Iman & Cinta
adalah dua sayap menuju langit kemuliaan )

Cintailah sesiapa jua yang kau serasi
tapi pastikan cintamu kerana Ilahi
hadirkanlah cinta siapa jua di hatimu
selagi cinta itu tidak mengusir
cintamu tehadapNya

Usah kau mengaku cinta terhadapNya
selagi kau belum ikuti Sunnah arRasulnya
kerana cinta yang sekadar ucapan di bibir
bukanlah cinta sebenar


Tuesday, April 19, 2011

Tinta hati....kembara mencari cahaya: AKU YANG BERGELAR PEMIMPIN.....

Tinta hati....kembara mencari cahaya: AKU YANG BERGELAR PEMIMPIN.....: "ASSALAMUALAIKUM........dah lama diri ini menyepi dari ruangan ini........dua bulan rasanya...kerna kekurangan dan kelemahan diri dalam meng..."

Saturday, April 9, 2011

AKU YANG BERGELAR PEMIMPIN.....


ASSALAMUALAIKUM........
dah lama diri ini menyepi dari ruangan ini........dua bulan rasanya...kerna kekurangan dan kelemahan diri dalam mengatur dan mengunakan masa sebaiknya.Alhamdulillah akhirnya di celah kesempitan masa masih diberi secebis ruangan waktu untuk menukil  rasa.
 "Aku tak boleh, aku tak kuat."     
"Ramai lagi yang lebih layak daripada aku."
"Aku tak dapat nak galas amanah ni, susah sangat, berat sangat."
Aku melalui dan merasakannya, bahkan lebih daripada itu.baru-baru ini diri ini dilantik untuk menerajui salah satu amanah pada satu masa yang telah Allah S.W.T tentukan, dan diri ini pasrah . Aku tunduk pada ketentuan-Nya. Aku taat pada perintah-Nya. Aku sujud memohon kekuatan-Nya. Aku memanjatkan doaku pada-Nya agar hati ini menjadi lebih kuat dan tabah,agar  hati yang mendambakan redha dan cintamu ini tidak akan terpesong dan merasa bangga dengan pangkat dan jawatan yang engkau anugerahkan.kerna aku amat mengidamkan untuk bersama para kekasihmu... 
Firman Allah S.W.T :
وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ إِنَّ الَّذِينَ يَسْتَكْبِرُونَ عَنْ عِبَادَتِي سَيَدْخُلُونَ جَهَنَّمَ دَاخِرِينَ
Maksudnya: "Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Ku-perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri daripada menyembah-Ku akan masuk neraka jahanam dalam keadaan hina."
[Al-Mu'minun : 60]

redhalah wahai hati dalam melaksana amanah ini kerana dirimu tidak tahu apa yang terbaik bagimu melainkan Dia,mungkin pada penilaian mu tidak elok tapi dari ketentuan penciptamu ia tebaik buatmu.kerna kamu Pencipta diri ini dan yang Maha Tahu kekuatan dan kelemahan hambamu ini.Aku berusaha menerima dan memujuk hati ini bahawa akulah yang dipilih untuk memegang amanah sebesar itu. Akulah juga yang terpilih dari kalangan hamba-hambaNya yang ada disekelilingku, sungguh aku tak pinta untuk ianya berlaku bahkan aku bimbang untuk memegang amanah sebesar ini. Hanya Allah S.W.T sahaja yang mengetahui perkara yang terbuku dihati kecilku.
Firman Allah S.W.T :
إِنْ تَكْفُرُوا فَإِنَّ اللَّهَ غَنِيٌّ عَنْكُمْ وَلا يَرْضَى لِعِبَادِهِ الْكُفْرَ وَإِنْ تَشْكُرُوا يَرْضَهُ لَكُمْ وَلا تَزِرُ وَازِرَةٌ وِزْرَ أُخْرَى ثُمَّ إِلَى رَبِّكُمْ مَرْجِعُكُمْ فَيُنَبِّئُكُمْ بِمَا كُنْتُمْ تَعْمَلُونَ إِنَّهُ عَلِيمٌ بِذَاتِ الصُّدُورِ
Maksudnya : "...Sesungguhnya Allah S.W.T mengetahui akan segala (isi hati) yang terkandung di dalam dada."
[Az-Zumar : 7]

Tatkala aku menerima ketentuan, terlintas sebening pertanyaan tentang kemampuan diri. Dapatkah aku menggalas beban ini, benarkah aku layak. Aku tahu, aku menerima amanah ini bukan kerana layaknya aku tetapi atas rahmat dan kasih sayang-Nya pada aku yang hina dan penuh dosa.
Terima kasih Ya Allah atas anugerah ini, moga dengan adanya amanah ini maka bertambahlah amal diri kepada-Mu. Sungguh aku tidak sedar, sekalipun aku tidak diberi untuk memegang amanah ini, aku telahpun diberi amanah sebagai seorang  muslim dan juga sebagai seorang anak. Sepatutnya aku bersyukur, Dia memberi aku pentas untuk aku jalankan amanah ini.Kadang-kadang aku melakukan khilaf namun tidak sedar tentang itu. Sebenarnya, dalam aku berusaha, aku juga berputus asa. Namun ku tahu bukan itu adab seorang hamba pada pemilik-Nya. Ampunkanlah aku ya rabb.....

Jika difikirkan amanah ini, aku tidak dapat hendak menanggungnya, hanya Dia sahaja yang mengetahui apa yang aku rasai. Telah kekeringan air mata dan telah lesu kepenatan aku berfikir untuk aku terus kuat dan gagah sebagaimana pahlawan-pahlawan silam yang telah terbukti keimanannya juga kejayaannya. Dengan itu, aku berusaha bangkit dan berjuang.Aku mohon petunjuk dan rahmat daripada-Nya agar aku berjaya memikul amanah ini. akan ku jalani dan lakukan sebaik mana yang aku mampu dan akan aku cuba kembali kepada fitrah asal kejadianku yang menginginkan kejayaan daripada Dia yang satu.








sedikit perkongsian kerna sedikit asas entry kali ini berdasarkan artikel i luv islam

Wednesday, February 16, 2011

daripada diri kepada diri

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Selamat menyambut kelahiran nabi Muhammad SAW pada hari ini,a2 rabiulawal 1432 hijrah dan bersamaan dengan 15 februari 2011,ayuh kita semarakkan hari kekasih allah dan contoh tauladan umat dengan mengingati baginda rasulullah SAW.          
                
Daripada saya untuk saya

Wahai saya tabahkanlah hatimu.meskipun tiada simpati dan pengertian dari insan lain,                             wahai diri,teruskanlah langkahmu dengan keteguhan hati.baik sangkalah pada allah,tuhanmu yang selalu mendengar doa hambanya.

Wahai diri saya,                                                                                                                                             Usahlah mengharap simpati orang kamu sendiri yang perlu bangkit,bangkit kembali.biarpun kini kamu berada  di tahap paling bawah dalam kehidupanmu,dan paling bawah dalam perjuanganmu,bahkan tiada ruang dalam tugasmu,usahlah bersedih dan berduka hati    

Wahai diriku,                                                                                                                                                  berapa banyak lagi air mata mereka yang menyayangi dirimu ingin kau lihat mengalir kerna dirimu.dirimu masih mempunyai mereka yang mencintai dan menyayangi dirimu.pandanglah dan renungkanlah ke wajah mereka yang ingin melihat kau Berjaya,meskipun mereka jauh dari penglihtan mu dan jua kau jauh dari pandangan mereka.tapi ketahuilah doa mereka sentiasa mengiringi setiap derap langkah dan helaan nafasmu.
                                                                        
Wahai diriku,                                                                                                                                                         andai kau merasa lelah dan tidak berdaya,ingatlah allah sentiasa bersamamu,ingati perjuangan  dan pengorbanan  insan agung dalam menegakkan islam.serta ingatilah  jiwa mereka yang menyayangimu berdiri teguh menunjangi dirimu dari tersungkur di medan fisabilillah.walau ia tidak membakar di mata,tetapi ia menjadi obor pembakar semangat  di jiwamu.

Ayuhlah wahai diri,
kita kumpulkan kembali serpihan semarak jiwamu 
ayuh Kita pacu kembali tenaga jiwamu,
 ayuh kita julang kembali bendera iltizam itu,
mari kita teruskan perjuangan,
 agar pengorbanan dan air mata mereka yang kau sayangi
yang telah terukir didalam catatan kembara hidupmu tidak sia-sia.
 dan agar janji yang kau sematkan mampu untuk kau tunaikan.